Monday, September 22, 2008

Amcorp Blues

Syamsulfaiz membuat penampilan terakhir bersama Dewangga Sakti di Amcorp Mall minggu lepas. Selepas ini kemungkinan beliau akan menyertai kumpulan tarian gelek di Dubai setelah berpindah ke sana selepas AidiFitri ini.
Sesi pertama semua ahli hadir. Di sesi kedua,aku terpaksa pulang kerana mempunyai urusan dengan pemaju perumahan yang korap dan menipu rakyat.
(Ya Allah,semoga Kau menyenangkan urusan kami di dalam pertarungan ini dan mengurniakan Malaysia yang aman daripada penipu dan perosak masyarakat!)
Berbalik kepada persembahan di Amcorp Mall,kami amat berbesar hati persembahan kami disaksikan bekas Timbalan Dekan kami suatu waktu dahulu, En Khair Ngadiron yang kini menjawat jawatan CEO di ITNMB. Beliau juga membeli CD kami.
Ahli-ahli yang lain berbuka puasa di Amcorp Mall bersama keluarga masing-masing. Ahli termuda pula membawa calon orang rumah untuk diperkenalkan kepada anggota kumpulan.

7 comments:

Anonymous said...

Calon orang rumah - Pencalonan ditutup.
Sebulat suara setuju. Calon yang dicari untuk Raof,Norman dan Rocky saja. Sila hantar CV sekiranya berminat

Syamsulfaiz said...

Cari calon beb...jangan tak cari..Tapi yg selain dari bertiga tu jangan pula mencari....payahh

Anonymous said...

En. Khair Ngadiron memang supportive dengan hasil karya ex-MCIIUM. Novelku juga dibelinya semasa di Pesta Buku KL.

wahyun said...

hahaha...application (utk kuota terkini) mmg ditutup...mana la tau klo2 ada rezeki lebih...kita buka lagi, nyahahaha!!! (gelak2 jahat)

Nizam Ahmad said...

wah wah wah wahyun bwk calon dh ek.. mmg kena tnjuk kat geng dwangga sakti ek? hehe~

Gemala Kasturi said...

Salam aidil fitri dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi.

Anonymous said...

oh yaa...pntas yg dsdiakn oleh phak amcorm mmg da dstandrdised kcik cmtu..anyway..gudjob to all=]