Tuesday, September 23, 2008

Oh Casa Gemilang Yang Gagal!

Aku tiba lewat. Hanya tinggal beberapa orang sahaja termasuklah penggerak utama,En Jaafar yang bersemangat memberikan penerangan tentang projek yang terbengkalai sejak 2006.
YB Azmin Ali dan ahli Majlis Perbandaran Selayang(MPS) juga hadir. Sayangnya, pemaju tidak datang!
Pemaju diberikan arahan pemberhentian kerja oleh MPS kerana tidak mematuhi arahan keselamatan kawasan cerun bukit. Surat khabar KOSMO menyiarkan tentang perkara ini semalam.
Nama perumahan ini Casa Gemilang yang namanya amat mempesonakan!
Malangnya GAGAL!
Kesemua pembeli telah membayar faedah kepada bank sejak 2006 dan ada yang mencecah RM700.00 sebulan!Jumlah pembeli melebihi tiga ratus orang.
Kembalikan HAK KAMI! Jadilah umat Islam yang bertanggungjawab!
(Perumahan ini di Sungai Pusu,Gombak dan berdekatan dengan UIA)

37 comments:

wahyun said...

kegemilangan yg gagaaaaal!!!
kita kasi pechah la itu pemaju!!!!

Anonymous said...

saman je zoy, ramai buyer fasa1 & 2 saman through brother wan rohimi, die pun one of the buyer

tamlikha said...

ya zoy, saman itu pemaju beramai-ramai, dah berzaman ko cerita kat aku ko dah beli rumah tapi haram x siap-siap lagi, badigol sood betul

Unknown said...

Laaa kenapa lewat tiba. boleh sama2 masuk paper nanti. bakar opis mereka tu!

iceburn cartello said...

nih brader nih area mana Casa Gemilang nih... dan apakah perkaitan dengan dewangga sakti?? ahahahha

Syamsulfaiz said...

Pemaju yang sunguh tak bertanggung jawab. Mari buat lagu untuk kutuk pemaju2 seperti ini !!

Anonymous said...

BANYAK BERSABAR
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

tajudin said...

teruskan BERJUANG kerana hak dan kebenaran.

Unknown said...

Gua pun mangsa Desa Gemilang. Nyaris bertumbuk dengan Zaman Rosdi tu. Nasib baik dia pulang 75%duit downpayment gua. Tapi gua tetap akan tuntunt yg 25% lagi kat akhirat.

Gua dah bayar 10% downpayment bila gua noticed something was wrong. Gua call member kat MPS. Dia kata everything kaw tim. Gua call Pejabat Tanah Gombak. Diorang reveal yg developer probvlem. Tak bayar premium. Tanah tak convert to residential status.Dekat dgn catchment air/dam. sangat bahaya.

Nasib baik Bank Muamalat reject application gua. Kalau tak gua memang tak selidik betul betul.

Lepas tu gua ada contact dan kumpulkan mangsa-mangsa. Gua dah suggest masukkan dalam media. Tapi takde orang yg berani. Gua panjat kementerian, tibunal perumahan, repot polis, adu kat macam-macam tempat sorang-sorang jer...yang lain orang tak nak involve...alhamdulillah gua dah lepas, tinggal siapa yang tak nak involve hari tu la..nasib-nasib...

wahyun said...

kalau tuan ke pulau jeju (di korea)
belikan saya daging bermutu
pergi jahanam itu pemaju
hisap darah mengalahkan kutu!

kalau dibeli daging bermutu
jangan dikerat dengan kapak
hisap darah mengalahkan kutu
habis sedut bayang tak nampak!

(seswai dgn irama joget)

Dewangga Sakti said...

Wah,
Badan bertindak sedang bertindak terutamanya Bro jaafar dll.Alhamdulillah,kerajaan negeri ambil berat.
Czar,
Ada perkembangan positif skrg.
Tam,
memang teruk!
Anuar,
Inilah namanya kalau sudah korap!
Iceburn,
Ini dkt Kg Sungai Pusu,Gombak dkt dgn UIA.Kaitannya sebab kami sedang beli apartmen utk convert jadi studio dan gym .he he
Syamsulfaiz,
Aku doakan projek kau siap tepat pada masanya.
Kamal n Co,
InsyaAllah,kita berdoa.Sabar...
Tajudin,
terima kasih
Qamjat,
Aku dgr dkt Desa Gemilang ramai budak UIA -Acai semua ada skt sana.Nampak sgt kita tak boleh tinggalkan Gombak.Gombak Rules!

Anonymous said...

slm...camne ye update after kita nyer perjumpaan aritu?cik jaafar ckp lps raya? YB azmin dah take action lom?

Anonymous said...

Qamjat, aku antara x buyer 2nd phase, memula dulu tak sure nak buat cemana, pas tu along suggest, gi contact wan rohimi, batch ko ni jat, kebetulan wan rohimi ni pun buyer umah kat situ, dan die kumpul ramai buyer into one group untuk saman gemilang excel

Anonymous said...

http://lamanbkk.blogspot.com/2009/04/kes-tuntutan-taman-desaahli-gemilang.html

Saturday, April 4, 2009
Kes Tuntutan Taman Desa Gemilang
Pada 2 April, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah meluluskan permohonan Sdr Shahlin Ali dan Sdri Norzaihan bersama 63 orang pembeli rumah Taman Desa Gemilang, Gombak untuk mengisytiharkan bahawa pembatalan Perjanjian jual beli rumah oleh pihak pemaju pada tahun 2006 adalah tidak sah.

Pemaju telah membatalkan perjanjian atas alasan pembeli-pembeli tidak bersetuju untuk melanjutkan tarikh penyerahan rumah yang pada itu dijangkakan akan terlewat. Alasan kelewatan adalah kerana terdapatnya bongkahan batu yang besar ditapak projek yang tidak dijangkakan oleh pemaju. Pemaju berdalih bahawa mereka dilindungi oleh prinsip "force majuere" ataupun kejadian luarbiasa diluar jangkaan. Bagaimanapun, mahkamah telah menolak hujah peguam pemaju dan bersetuju menerimapakai hujahan pihak pembeli.

Mahkamah juga menolak hujahan pemaju bahawa pembeli tidak mempunyai kuasa untuk memulakan tindakan atas alasan terdapatnya serahan hak (Assignment) di antara pembeli dan bank pembiaya di mana mereka berhujah hanya pihak bank pembiaya yang berhak mengambil tindakan. Hujahan ini telah disangkal dan mahkamah telah diyakinkan agar tidak menerima hujahan tersebut.

Walaubagaimanapun, di dalam kes yang menarik perhatian media ini, mahkamah tidak bersedia untuk memerintahkan supaya rumah berkenaan diserahkan kepada pembeli (specific performance) atas alasan rumah rumah berkenaan telahpun dijual kepada pihak kedua dan ketiga. Mahkamah mengambil kira kepentingan pihak pembeli kedua dan ketiga yang mungkin tidak mengetahui pertikaian antara pemaju dan 63 pembeli ini.

Sebagai ganti, mahkamah memerintahkan pemaju membayar pampasan kepada pembeli pembeli meliputi kos kos yang telah dikeluarkan oleh pembeli termasuklah bayaran yang telah dibuat, faedah bank yang ditanggung hingga sekarang, di samping itu mahkamah juga membenarkan faedah sebanyak 8% dikenakan terhadap jumlah pampasan dari tarikh saman dibuat sehingga lah tarikh bayaran dibuat. Kebanyakan pembeli telah membuat bayaran sehingga 35% dari harga rumah.

Pemaju walaubagaimanapun boleh membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dalam tempoh 30 hari.
Posted by BKK at 12:13 PM

Anonymous said...

Salam buat semua yang terlibat dengan Kes Desa Gemilang!

Hari ini, 2/4/2009, dihadapan YA Dato' Alizatul Khair Bt Osman Khairuddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jam 6.00 petang, isu-isu berikut telah diputuskan oleh Mahkamah:-

1. Bantahan yang dikemukakan oleh KOMAB, bahawa pembeli tidak mempunyai locus standi untuk menyaman KOMAB kerana terikat dengan 'assignment' (through Deed of Assignment) to the Bank telah ditolak oleh Mahkamah, YA HAkim memutuskan bahawa 'assignment' dalam kes ini is not 'an absolute assignment' dan oleh itu purchasers berhak membawa tindakan ini terhadap KOMAB;

2. Mahkamah menolak hujahan KOMAB bahawa kes ini perlu dibicarakan sepenuhnya (dengan memanggil saksi di Mahkamah Terbuka), kerana Mahkamah berpendapat bahawa 'regardless of samada wujud atau tidak force majure (malapetaka)', KOMAB tidak mempunyai kuasa di bawah Perjanjian Jual Beli untuk menamatkan perjanjian dengan PLaintif - satu2nya kuasa yang membolehkan penamatan dilakukan oleh KOMAB adalah jika pembeli ingkar membayar progress claim;

3. Selaras dengan pendirian tersebut, Mahkamah memutuskan bahawa Notis Penamatan bertarikh 15/1/2005 & 16/1/2005 sebagai TERBATAL dan TIDAK SAH (null and void);

4. Walau bagaimana pun, Mahkamah mengambil kira kedudukan unit rumah yang telah dijual kepada pihak ketiga serta telah diduduki, Mahkamah menyatakan bahawa Specific Performance (memberikan rumah kepada Plaintif) tidak dapat diberikan kepada PLaintif in view of the hardship yang akan melibatkan ramai pihak-pihak yang lain. Mahkamah menyandarkan alasanya berdasarkan kepada Specific Relif Act 1956 untuk tidak memberikan rumah kepada Plaintif;

5. Sebagai ganti, Mahkamah telah memerintahkan GANTIRUGI dibayar oleh KOMAB kepada semua pembeli, berdasarkan jumlah yang akan ditaksirkan oleh Pendafar Mahkamah.

6. Faedah pada kadar 8% setahun dari tarikh pemfailan saman (4/8/2005) sehingga tarikh pembayaran gantirugi;

Itulah keputusan Mahkamah, selepas 4 tahun berhempas pulas menuntut keadilan. Saya menerima respon yang pelbagai terhadap keputusan tersebut. Justeru, saya tinggalkan kepada Tuan-tuan sekelian, untuk membuat penafsiran (winning or losing - it's your interpretation).

Berkenaan dengan dokumen-dokumen/kaedah untuk taksiran gantirugi - saya akan emelkan dalam 2/3 hari lagi..

Sekian dimaklumkan, salam hormat dan terima kasih.

#Tolong forward email ini pada pihak yang berkaitan#

Salam,

Wan Rohimi Bin Wan Daud

Anonymous said...

Salam,

Buat semua Plaintif - Desa Gemilang!

Peperangan kita masih belum berakhir. Pada jam 5.00 petang ini, 15/4/2009, KOMAB telah menyerahkan satu salinan Notis Rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya untuk merayu terhadap keputusan Yang Arif Dato' ALizatul Khair Binti Osman Khairuddin pada 2/4/2009.

Pemfailan rayuan ini membawa maksud kes ini akan dibicarakan semula di hadapan panel 3 hakim (sekurang-kurangnya) di Mahkamah Rayuan Putrajaya, dalam satu masa yang akan ditetapkan kemudian. Saya menjangkakan prosiding ini akan mengambil masa setahun, atau secepat2nya dalam masa 6 bulan. Dalam tempoh 2 bulan dari tarikh hari ini, KOMAB akan memfailkan rekod rayuan (yang mengandungi keseluruhan kertas kausa, afidavit, eksibit yang bertimbun-timbun, yang telah digunakan selama 4 tahun di Mahkamah Tinggi Shah ALam, serta Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman dari Yang Arif Hakim)...

Dalam masa terdekat ini, selaras dengan pemfailan rayuan ini, saya jangkakan bahawa KOMAB akan memfailkan satu permohonan untuk menggantung perintah bertarikh 2/4/2009 (stay proceeding) untuk memohon perintah sementara bagi menggantung perintah bertarikh 2/4/2009, sehingga perbicaraan rayuan diputuskan sepenuhnya. Seboleh mungkin, KOMAB akan berusaha supaya Mahkamah tidak memberikan apa-apa gantirugi kepada kita. Sudahlah rumah kita kehilangan, kini mereka berusaha supaya kita hilang semuanya, wang dan gantirugi. Penjenayah2 ini akan cuba seboleh mungkin di sebalik tabir perundangan untuk terus-terusan menindas dan mengheret kita ke dinding.

Saya percaya ramai akan bertanya peluang kita untuk menang.. Saya tidak mahu mendahului takdir, tetapi yakin bahawa kita akan mempunyai kekuatan untuk membuat serang-balas, Insyallah.

Berdasarkan ilmu yang cetek dan secebis pengalaman, saya juga yakin mereka tidak akan mendapat perintah untuk menggantung perintah bertarikh 2/4/2009 (stay order) kerana rayuan yang terlibat dalam kes ini, dan nature perintah bertarikh 2/4/2009 bukanlah sesuatu yang bersifat 'exceptional circumstances' to warrant a stay. The Order dated 2/4/2009 in purely monetary in nature... tambahan pula, it is our money, and not theirs. Apa yang kita tuntut adalah wang sendiri.

Akan juga yang akan bertanya tentang taksiran gantirugi; bolehkah diteruskan apabila KOMAB failkan rayuan? JAwapannya ialah YA. Kita akan teruskan selagi KOMAB tidak mempunyai apa-apa perintah tentang stay. Apabila kita memperolehi perintah gantirugi, kita akan terus execute order untuk memaksa bayaran dibuat. Tetapi sekiranya KOMAB berjaya mendapatkan perintah STAY, nampaknya kita kena tunggu hingga rayuan selesai.

Berkenaan dengan prosiding taksirang gantirugi, semua orang kena membuat homework sendiri berkenaan dengan perkara-perkara berikut:-

1. salinan resit bayaran deposit 10% kepada KOMAB;
2. salinan resit Legal Fee untuk S&P;
3. salinan resit Legal Fee untuk Lawyer Bank;
4. salinan surat tawaran Loan dari bank;
5. salinan/bukti bayaran ansuran loan yang pernah dibuat. Sila buat carta yang details tentang tarikh-tarikh dan jumlah setiap bayaran dan dilampirkan bersama resit-resit bayaran berkenaan;
6. Sila dapatkan penyata akaun dari bank, dari tarikh mula bayar sehingga tarikh terkini;
7. sila dapatkan penyata akaun terkini dari bank tentang jumlah yang masih tertunggak, bersama dengan kadar interest;
8. Salinan Loan Agreement (sila pastikan semua dokumen disusun seeloknya, diphotostat sepenuhnya, satu mukasurat/jangan photostat depan/belakang.
9. Kalau ada apa-apa tuntutan@dokumen lain yang difikirkan berkaitan, sila maklumkan, mungkin saya terlepas pandang.

Adalah juga dimaklumkan bahawa prosiding taksiran gantirugi akan difailkan secara individu, dan perbicaraan terpaksa dijalankan berasingan kerana melibatkan details/figure yang berlainan bagi setiap Plaintif. Oleh itu, saya harap kita semua dapat menyediakan dokumen yang lengkap untuk membantu ketelitian saya.
Oleh kerana prosiding taksiran gantirugi adalah prosiding berasingan, maka saya akan failkan secara berasingan. First come first serve basis!
Berkenaan dengan jangkasamasa taksiran gantirugi, saya yakin ia hanya mengambil masa 3 - 6 months dari tarikh prosiding difailkan.

Sesiapa yang telah siap dengan dokumen yang berkenaan, boleh hubungi saya secara peribadi untuk appointment kerana saya perlu diberikan taklimat khas bagi setiap PLaintif, atas jenis dan taksiran yang berkaitan.

Lastly, saya akan kenakan charge legal fee yang bersesuaian dan minimal, dan kos berkaitan bagi prosiding rayuan + stay, taksiran gantirugi and execution proceeding (of court order), as I couldn't afford to shoulder any more financial burden in respect of the entire legal proceedings, as I did for the past 5 years.

Buat akhirnya, yakin dan percayalah.. Tuhan telah menentukan jalan yang perlu kita tempuhi ini untuk menguji ketabahan dan keimanan kita. Mereka boleh berbangga dengan kekayaan dunia, justeru mampu merasuah pangkat dan kuasa. Biarlah mereka berlari dengan riang, di atas rintihan dan airmata kesemua kita, dan lain2 yang ditipu dan dianayai... Kita yakin Tuhan sudah sediakan bahang neraka yang akan membakar mereka dan mengejar mereka.. dunia mereka tiadakan aman, akhirat nanti pastinya menghuni neraka yang paling jahanam... Saya tidak pernah berdoa agar mereka diberikan hidayah, saya hanya berdoa agar mereka ditimpa kiffarah yang maha dahsyat.. lagikan Qarun ditenggelami bumi..

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

Yang benar,
-sgd-
Wan Rohimi Bin Wan Daud

Anonymous said...

petikan dari;

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=696132778470424325&postID=2302996586737452585

Rabbit said...
Aku salah seorang pembeli aprtment Casa Gemilang. Aku pun mmg angin dgn Gemilang Excell punya mangement. Hanya Cerucuk yg ada bila aku pergi ke site bulan lepas. Bila call diorg cakap Exco Perumahan Kerajaan Negeri yg baru ni belum start mesyuarat lagi. Macamana nak settlekan urusan ni yer?Sampai bila work stop orderni akan berkuatkuasa?...Aduh..pening2..kita bukan org kaya yg boleh bayar rumah sewa & rumah tak siap at one time....email aku : rabbit4684@yahoo.com. H/P : 019-6412334 ( Shah )

July 26, 2008 10:43 PM

AngahMan said...
salam,

saya berpendapat saudara perlu lakukan sesuatu untuk menarik ramai pembeli bersatu. Dilaman web mungkin tak ramai yang tahu kewujudan blog. Saya sarankan saudara boleh terus pergi ke pejabat pemaju. Minta senarai nama pembeli dan h/p no. masing2. Saya difahamkan orang bawahan tiada masalah untuk memberikan maklumat tersebut.
Kena bertindak sekarang, kerana mungkin pejabat mereka akan berpindah dan difahamkan pekerja2 bawahan telahpun menerima notis berhenti kerja 3 bulan bermula dari bulan ini.

Sekian.

August 12, 2008 7:14 PM

Seri Negara said...
Saya pun salah seorang pembeli Apartment Casa Gemilang ni. Semalam goggle baru terjumpa blog ni. Saya buat loan dgn Bank Muamalat, dan Bank Muamalat sejak awal-awal lagi bekukan bayaran disebabkan ada syarat-syarat yg pemaju tak penuhi (status tanah yg belum diconvert sepenuhnya, dll). Jadi pemaju memang hangin dgn Bank Muamalat sampai saman pihak bank sebab tak nak bayar. Pihak bank sendiri masih belum pernah menuntut apa-apa bayaran dari saya walaupun pinjaman diluluskan pada peringkat awal. Pemaju kata, mereka mendapat perintah stop-order dari mahkamah, dan menurut MPS kes ini sudah dibawa ke peringkat kerajaan negeri, dan sekarang bergantung kepada perbincangan antara pemaju dgn kerajaan negeri. Katanya lagi, pembinaan apartment ni macam ada menceroboh tanah hak kerajaan juga, selain aspek-aspek keselamatan yg tidak dipenuhi. Tak tahulah. Irwan 012-6244465 mirage3ks@yahoo.com

August 14, 2008 6:47 PM

Anonymous said...

http://casagemilang-gombak.blogspot.com/2008/06/salam-semua-pembeli.html

Sunday, June 15, 2008
Salam Semua Pembeli
Salam semua Pembeli Casa Gemilang Gombak,

Aku juga merupakan antara mangsa yang menghadapi masalah dengan projek CASA GEMILANG Sg Pusu Gombak. Aku amat berharap sesiapa yang menghadapi masalah yang sama dengan aku sudi berkongsi masalah ini, begitu juga penduduk di Fasa 1 agar dapat memberi info @ tips dalam membantu kami membela hak kami yang Bayar Bank Rumahnya Entah ada Entah Tidak. Buat pengetahuan semua aku adalah pembeli apartment, dengan ini aku amat berharap kepada semua pembeli dapat bersatu menegakkan hak kita tanpa mengira jenis unit rumah Apartment & Townhouse @ fasa 1 @ fasa 2 kerana masalahnya tetap berada pada pemaju yang sama.

Sesiapa yang terjumpa laman web ini sudilah kiranya mengemailkan kepada aku alamat email untuk kita menjalin kesepakatan berusaha mendapat hak kita.

LIHASRIZAD ISMAIL
ijadz6868@yahoo.com
012-6868835

Anonymous said...

kes desa gemilang fasa 1 setahu saya sedang dalam siasatan Jabatan Perdagangan Jenayah Bukit Aman dan pegawai yang terbabit adalah seorang Assistant Commissioner of Police.

Peguam KOMAB (Tetuan Rushdi Yusof & Associates) telahpun menerima aduan dan diminta tunjuk sebab oleh Lembaga Tataertib Majlis Peguam - keputusan belum ada lagi.

Anonymous said...

http://daddyhumaira.blogspot.com/2007/11/luahan-kami-yg-baru-ingin-membina.html

Friday, November 23, 2007
Luahan Kami Yg Baru Ingin Membina Sebuah Keluarga.

Akhirnya setelah lama menanti, kami menerima berita yang kunci bagi rumah kami, Taman Desa Gemilang, di Sungai Pusu, Gombak, sudah boleh diambil. Namun begitu kami perlu membuat bayaran sebanyak RM3358.87 sebelum kunci itu dapat diserahkan. Apa bila ditanya apa butir2 untuk bayaran tersebut, ini yg diberitahu pihak pemaju, Koperasi Malaysia Airports Berhad:

Bunga (interest) kerana lambat membayar duit progress – RM 1381.24
“Quit Rent”: explained – RM 537.63
Maintenance for rubbish collection – RM 1440

Item number 2 is acceptable. But for 1 and 3, I reckon is a trick by the developer to con us out of our hard-earned money. The interest that they are charging in item 1 is the 10% charge everyday that the do not receive payment from the bank according to the progress schedule. For example:

(a) Komab claims for payment of stage 1 on 27/5/2005
(b) Bank pays for the claims of stage 1 on 10/6/2005
So that is 10 days difference of (a) and (b). KOMAB charges 10% from the amount claimed on each of the 10days late.

The question here is, why are we forced to pay for something that is beyond our control. Its the bank that has made late payments to the developer. But we had to pay.

As for item 3, this is maintenance fee for rubbish collection over 2 year period. The developer had to arrange for rubbish collection as the Certificate of Fitness (CF) has not been given so council will not collect rubbish. It’s the developer that has not fulfill the requirements for a CF, again we have to pay.

They are taking our hard-earned money. Its us individuals middle-income earners against a company with lawyers by their side.

Let this be a lesson to us and others, there are dishonest developers who prey on helpless people, cheat them out of their savings.

Posted by hymie at Friday, November 23, 2007

Anonymous said...

Aku memang sakit hati betul dengan Lawyer Wan Rohimi ni. Berlagak macam pandai.. semua boleh menang.. duit boleh dapat.. rumah pasti dapat.. Komab mesti mampus. Semua orang ikut macam lembu cucuk hidung. Dah tak pakai langsong kepala otak yang belajo jauh-jauh. Ha sekarang apa dah jadi??? Nak serah kat kita tafsir kemenangan yang kalah. Orang bodoh je kata kita menang. Aku bukan nak duit bodoh... bangang.. Aku nak rumah.. Duit dah banyak habis.. bank dah panggang punggung aku anak beranak.. muka dah banyak kali keluar tv..paper.. Semua nak cari glamour.. Is this what we want? This is the most cock up decision I ever made in my life... listening to the dumbest Lawyer in the Court of Malaya. Member yang lain dah senang lenang minum angin petang kat atas bukit Desa Gemilang... Kita dok gadoh.. turun naik mahkamah kononnya untuk mencari keadilan dan salai Komab. They are still standing... Azman masih ada sana.. Rahmad masih lagi ada sana.. We were being had by the crook Lawyer Wan Rohimi. Now.. dah sibuk nak mintak duit pulak.. no longer in the name of justice anymore.. sama macam developer jugak 2x5...5x2.. Mampusnya kita. Bak kata Bayyi Karam.. Yang dikejar tak dapat yang dikendung berterabur..

Anonymous said...

Lawyer Wan Rohimi ni memang perasan bagus je... confident bodoh..

Anonymous said...

Serangan tidak boleh semata-mata keatas KOMAB saja. Aduan kepada Bank Negara hendaklah juga dibuat supaya tidak ada dua bank yang mengambil untung terhadap satu hartanah. Mungkin suatu laporan polis juga boleh dibuat terhadap bank kerana dengan mengambil wng tanpa penyerahan runmah adalah suatu penipuan.
Tapi sedihlah, penipuan dan kezaliman ini boleh dibiarkan oleh pihak berkuasa seolah-olah tidak wujud dan dipendamkan sahaja. Tapi Allah berfirman disura yusuf bahawa orang yang zalim tidak akan mendapat kemenangan. Kita lihatlah saja nasib mereka-mereka yang diberikuasa namun mengabaikan kezaliman ini - dimana kedudukan dan kuasa mereka sekarang?

Allah mungkin membiarkan dan melihat sejauh mana kezaliman yang sanggup mereka-mereka lakukan sebab neraka pun ada peringkat-peringkatnya.

Anonymous said...

Petikan Dari;
http://groups.yahoo.com/group/casagemilang/message/172

CAPITAL LANE SDN.BHD.
15B, Jalan SG 3/16,
Pusat Bandar Sri Gombak,
68100 Gombak,
Selangor. 21
NOVEMBER 2008
Faksimili No: 03-61862535
(U/P: EN.AZMAN ROSDI)
PENGURUS PENTADBIRAN DAN PROJEK

TUAN,

STATUS DAN LANGKAH PENYELESAIAN PROJEK PERUMAHAN SERVIS
APARTMENT & RUMAH BANDAR CASA GEMILANG SUNGAI PUSU GOMBAK,SELANGOR.

Perkara di atas adalah dirujuk dengan segala hormatnya.

Kami juga merujuk kepada syarat-syarat dan terma perjanjian jual beli dan juga "Letter of Undertaking" perkara no.5 (c) iaitu pihak tuan dikehendaki menyiapkan projek dalam tempoh tiga tahun dari tarikh perjanjian yang ditandatangani bersama dan juga akan memulangkan semula jumlah pinjaman oleh pembeli-pembeli yang dibayar kepada pemaju sekiranya projek digantung ataupun terbengkalai.

Hakikatnya, tempoh projek tersebut telahpun melebihi perjanjian yang dinyatakan. a. Sehubungan dengan perkara di atas, kami ingin meminta penjelasan rasmi daripada pihak tuan berkenaan status terkini projek Casa Gemilang yang terhenti sejak tahun 2007. Berdasarkan makluman daripada pihak Lembaga Pengurusan Hartanah Selangor dan juga Majlis Perbandaran Selayang, projek ini diarahkan berhenti kerana kegagalan pemaju projek Desa Gemilang iaitu Koperasi Malaysia Airport Berhad yang merupakan rakan usahama pihak tuan dibawah syarikat Gemilang Holding Sdn.Bhd mematuhi syarat keselamatan di tapak projek.
b. Sekiranya pihak tuan mengalami masalah dan menjangkakan projek ini akan berpanjangan , pihak tuan diminta mengemukakan sekali langkah penyelesaian serta jaminan bagi keadaan berikut:

1. Projek diteruskan tetapi akan melebihi tempoh 3 tahun dari tarikh perjanjian jual beli dan pemaju akan membayar "Liquidated Damages" kepada pembeli dan juga tidak boleh menuntut baki bayaran progress sehingga rumah 100% siap dibina demi keadilan kepada pembeli-pembeli.
2. Projek diteruskan tetapi pembeli tetap mahu membatalkan perjanjian jual beli yang melebihi 3 tahun dan bayaran progress telah dibayar dipulangkan semula bersama bayaran pihak peguam dan lain-lain.
3. Projek tidak diteruskan dan bayaran progres tela dibayar dipulangkan semula bersama bayaran pihak peguam dan lain-lain.

c. Berdasarkan maklumat dan rekod daripada Kementerian Perumahan dan
> > > > > Kerajaan Tempatan (KPKT) dan juga Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), syarikat pemaju Capital Lane Sdn.Bhd. dan juga Koperasi Kakitangan Malaysia Airport Berhad (KOMAB) tidak berdaftar sebagai pemaju perumahan yang sah. Sila jelaskan dengan terperinci dan telus.

d. Pihak syarikat (Capital Lane SB dan KOMAB) dikehendaki mengadakan suatu perjumpaan bersama pembeli-pembeli Casa Gemilang secepat mungkin bagi memberikan penjelasan terperinci sebelum masalah ini makin sukar dibawa berbincang dan diselesaikan.

Kami memandang serius perkara ini kerana ianya boleh diselesaikan sekiranya rakan usahama pihak tuan (KOMAB) mematuhi syarat-syarat oleh pihak MPS dari peringkat awal demi keselamatan dan kepentingan penduduk pada masa hadapan. Di dalam soal ini, kami meminta pihak pemaju jangan hanya memikirkan keuntungan sebelah pihak dan berkeras tidak akan melakukan apa-apa selagi pihak MPS tidak menarik semula arahan berhenti kerja tersebut.

Oleh yang sedemikian, kami meminta pihak tuan memberikan maklumbalas secara bertulis kepada saya di atas segala persoalan dan permasalahan yang diajukan di atas (a,b,c dan d) dalam tempoh 7 hari daripada tarikh surat ini demi kebaikan kedua-dua belah pihak di dalam menyelesaikan segala kekusutan yang melanda.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

JAAFAR BIN ISMAIL
WAKIL PEMBELI CASA GEMILANG
Sila hantar surat jawapan ke alamat:
No.12, Jalan Teratai 3/1, Taman Saujana Utama 3,
47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
No.Faksimili: 03-22408221

Sila hantar surat jawapan ke alamat:
No.12, Jalan Teratai 3/1, Taman Saujana Utama 3,
47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
No.Faksimili: 03-22408221

Anonymous said...

http://groups.yahoo.com/group/casagemilang/message/424

[casagemilang] PEMAJU HANTAR SURAT PROJEK DISAMBUNG SEMULA - JANGAN TERPEDAYA!
To: casagemilang@yahoogroups.com
Date: Saturday, March 14, 2009, 3:35 AM

Salam All,

Salah seorang pembeli CG telah memberitahu ada menerima surat daripada pemaju berkenaan projek disambung semula dan ditandatangani oleh si keparat Azman Rosdi. Diharap semua pembeli CG telah menghantar arahan kepada bank masing2. Tindakan yang kita mahu ambil tetap akan diteruskan kerana history pemaju yang tidak komited dan tidak jujur, S&P kita lemah dan banyak penipuan, status rumah "Service Apartment" dan yang dibina sebenarnya adalah "Rumah Pangsa Kos Sederhana" dan akhirnya status tanah yang masih pertanian..Status tanah Desa Gemilang pun masih tidak selesai lagi inikan pula tanah untuk projek Casa Gemilang.

wassalam,
JI

Anonymous said...

http://desagemilangfasa2.blogspot.com/2008/01/sejenak-di-casa-gemilang.html
Pada pandangan saya apa yang diminta tidak akan dilayan oleh Pemaju, kerana Pemaju telah memberi akujanji kepada Pembiaya untuk menyiapkan rumah tersebut dan menyerah hakmilikan kepada Pembiaya melalui Deed Of Assignment(DOA). Seandainya Pemaju "mengaku" projek tersebut terbengkalai secara bertulis barulah ianya berkewajipan memulangkan keseluruhan bayaran yang telah diterima sahaja kepada pihak Pembiaya sahaja. Dalam hal ini Pembeli tidak berhak membuat sebarang tindakan yang boleh menggugat hartanah tersebut tanpa persetujuan Pembiaya kerana kesemua haknya telah diserah kepada Pembiaya. Saya kira Pembiaya tidak akan mengikut rentak Pembeli yang mahukan bayaran berjadual Pemaju ditahan kerana jika tidak Pembiaya akan hilang "Jaminan Serah Hak" dari Pemaju. Hak Pembeli dalam kes kelewatan siap rumah hanyalah "denda lewat serah" yang hanya boleh dituntut apabila rumah siap kelak. Saya rasa Pemaju tidak akan melayan apa yang Pembeli minta seperti dalam perenggan 1 surat tersebut. Dalam perenggan 2 Pembeli tidak boleh membatalkan perjanjian JualBeli tanpa persetujuan Pembiaya. Sekiranya ia dibuat Pembiaya akan akan hilang hak terhadap rumah tersebut tanpa sebarang "breach of contract" oleh Pemaju dan oleh itu Pembiaya akan menuntut bayaran yang telah dibayar melalui tuntutan kepada Pembeli dan bukan Pemaju. Tuntutan Pembeli kepada Pemaju terhadap bayaran yang telah dibayar oleh Pembiaya adalah terlalu lemah. Dalam perenggan 3, Pembeli tidak mempunyai hak sama sekali untuk menahan Pemaju dari menyiapkan Projek Perumahan tersebut, kerana walaupun mereka Pembeli rumah tersebut namun mereka bukanlah pemegang saham atau pengarah di dalam syarikat Pemaju yang boleh membuat keputusan halatuju syarikat Pemaju dalam konteks Projek Perumahan tersebut. Dalam perenggan 4, Akta Pemaju Perumahan tidak menetapkan Pemaju wajib mempunyai lesen pemaju untuk menbina apatmen servis. Nasihat saya bersabarlah dan bersyukurlah sekiranya Pemaju berusaha menyiapkannya. Ini petanda baik rumah tersebut akan siap.

Pandangan Peguam Bank
June 17, 2009 9:21 AM

Anonymous said...

lawan tetap lawan... bodoh tetap bodoh..

Anonymous said...

http://desagemilangfasa2.blogspot.com/2008/01/sejenak-di-casa-gemilang.html

Firaun dan Qarun memang nampak baik. Bila nyawa nak dicabut baharulah dia tahu langit tinggi atau rendah.
June 19, 2009 11:45 AM

nak datang perjumpaaan pun tak berani -macam bersalah.

Anonymous said...

Orang yang merompak dan menipu sentiasa akan menegakkan benang yang basah.
Sesen duit aku tak aku halalkan dan jadi racun dalam badan kamu semua. kamu boleh tukar nama syarikat, tapi kashaf aku tahu siapa yang henjut belakang dan henjut depan dan kiri kanan. Ingat boleh lepas, tak lepas, mungkin di dunia pun tak lepas. Bahan api neraka pun sudah kamu rasakan dalam badan kamu. Ooi tokeh Desa Gemilang dan penyangak-penyangak kamu, jangan anggap kamu ini orang berjaya dan orang yang hidup senang lenang.

Anonymous said...

Tengoklah apa yang terjadi pada bekas MB Selangor (Khir toyo), Ketua Jabatan Perdagangan Jenayah Bukit Aman (Datuk Ramli), Tak tahu pula apa cerita berkenaan dengan Yang diPertua komab, yang diPertua Majlis Perbandaran Selayang, yang diPertua Suruhanjaya Koperasi, Yang dipertua Suruhanjaya Rasuah Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan seterusnya. Macamanapun, bahana dan sial akan sampai mana-mana pihak yang beraku zalim. Saya amat setuju dengan pendapat diatas.

Anonymous said...

Petikan dari;
http://groups.yahoo.com/group/casagemilang/message/208

Re: [casagemilang] ADUAN RASMI KEPADA BAHAGIAN PENGAWASAN & PENGUATKUASAAN KPKT

Syabas En Jeff,

1. At least dapat surat pengesahan menyatakan CL adalah syarikat haram boleh dipanjangkan kepada bank (untuk tuntutan tangguh/bayar pokok shj/dll. kpd bank)
2. Kita pakat ramai2 buat laporan polis so that laporan tu boleh dijadikan antara bukti projek terbengkalai.. (lagi untuk dipanjangkan kepada bank/perbendaharaan dll)
3. Nak tunggu surat rasmi dari CL mengenai status alamatnya sama mcam tunggu rumah yang entahkan bila nak siap tu!
4. Bukan apa, saya dah hubungi bank (untuk mintak potong prinsipal loan daripada terus membayar bunga) tapi bank bertegas nak mintak status projek (samaada dari pemaju / KPKT / Koperasi). Masalahnya nak dpt dari CL entah bila.. kalau nak ikutkan first disbursement dah dua tahun lebih..sepatutnya dah ada disbursement lagi.. itupun dah menunjukkan projek tu hampeh.

JOM KITA PAKAT PI BALAI POLIS
Sesungguhnya Allah melindungi orang-orang yang teraniaya seperti kita...

Anonymous said...

Petikan dari;
http://groups.yahoo.com/group/casagemilang/message/208

To: casagemilang@yahoogroups.com
Sent: Friday, December 5, 2008 11:04:20 AM

Aduan rasmi telahpun saya buat berkenaan masalah kita kepada Bahagian
Pengawasan & penguatkuasaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan .... meminta pengesahan bertulis untuk status Capital Lane yang tidak ada Lesen Pemaju ..Untuk makluman, memang Capital Lane telah disenarai hitam sebagai salah sebuah syarikat pemaju tidak berlesen dan bermasalah. ...once dapat surat tersebut, kita ramai-ramai ke Balai Polis terdekat di area Gombak untuk buat laporan..

Anonymous said...

Hello !.
You may , probably very interested to know how one can reach 2000 per day of income .
There is no need to invest much at first. You may commense to receive yields with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you thought of all the time
AimTrust represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

It is based in Panama with structures everywhere: In USA, Canada, Cyprus.
Do you want to become really rich in short time?
That`s your chance That`s what you wish in the long run!

I feel good, I started to take up real money with the help of this company,
and I invite you to do the same. If it gets down to choose a proper partner utilizes your savings in a right way - that`s AimTrust!.
I make 2G daily, and my first deposit was 1 grand only!
It`s easy to start , just click this link http://cizowamu.digitalzones.com/atutyfe.html
and lucky you`re! Let`s take this option together to get rid of nastiness of the life

Anonymous said...

Hello !.
might , probably very interested to know how one can manage to receive high yields .
There is no need to invest much at first. You may begin earning with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you haven`t ever dreamt of such a chance to become rich
The firm represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

Its head office is in Panama with structures everywhere: In USA, Canada, Cyprus.
Do you want to become a happy investor?
That`s your choice That`s what you really need!

I feel good, I began to get income with the help of this company,
and I invite you to do the same. If it gets down to choose a correct partner utilizes your savings in a right way - that`s AimTrust!.
I earn US$2,000 per day, and my first investment was 500 dollars only!
It`s easy to get involved , just click this link http://mobetazeda.wtcsites.com/jibopok.html
and lucky you`re! Let`s take our chance together to become rich

Anonymous said...

Hi!
You may probably be very curious to know how one can manage to receive high yields on investments.
There is no need to invest much at first.
You may begin earning with a money that usually is spent
for daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one project for several years,
and I'm ready to share my secrets at my blog.

Please visit blog and send me private message to get the info.

P.S. I make 1000-2000 per daily now.

http://theblogmoney.com

Anonymous said...

Hello everyone!
I would like to burn a theme at this forum. There is such a thing, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of ponzy-like structure, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.

For several years , I make money with the help of these programs.
I'm with no money problems now, but there are heights that must be conquered . I make 2G daily, and I started with funny 500 bucks.
Right now, I'm very close at catching at last a guaranteed variant to make a sharp rise . Turn to my blog to get additional info.

[url=http://theinvestblog.com] Online investment blog[/url]

Anonymous said...

With very Excellent
A fantastic site, and brilliant effort. A great piece of work. this seed
[url=http://members.multimania.nl/rabebad/map.html]index of lotus yoga new orleans[/url]

Thank you.