Wednesday, April 15, 2009

Kembali ke studio





Kami sudah memulakan proses rakaman untuk album penuh , kesinambungan daripada EP Mabok Kepayang. Rakaman sudah dimulakan minggu lepas di Studio PurpleSound iaitu studio yang sama ketika rakaman EP yang lalu. Cuma kali ini lokasi berbeza sejak peristiwa runtuhan di Bukit Antarabangsa, pemilik studio sudah memindahkan pusat operasi studio ke bangunan kedai di UK Perdana.
Studio lebih besar dan selesa. Yang pasti, penjaga studio tetap ada di situ --seekor kucing yang akan menjaga masa dan manusia.
Ini mungkin salah satu studio yang akan kami gunakan kerana kami juga sedang mencongak studio-studio lain yang berpotensi. Tetapi mungkin sahaja studio ini sahaja digunakan kalau penerbit malas untuk mencari lokasi lain. ;)
Kami membayangkan untuk merakamkan sebanyak sepuluh buah lagu untuk album ini. Diharapkan kami dapat menghabiskannya dalam tempoh tiga bulan sebelum pemain perkusi (ahli temuda) kami, Wah Yun Kua menerima segulung ijazah Ogos nanti. Ini kerana mana tahu selepas Tokeyunta ke Dubai Oktober tahun lepas, bakal peguam muda ini pula akan mengikut jejak yang sama.
Dua lagu telah dirakam pada minggu lepas. Asas kepada lagu ini telah dimasukkan. Selepas ini tambahan instrumen pula akan dilakukan.
Untuk lagu pertama- gambus, violin ,darbuka,rebana sudah dirakam. Selepas ini gitar, akustik bass, akordian, toys seperti shaker,tamborin dan kesan bunyi akan dimasukkan.
Lagu kedua- rebana,darbuka, tepuk tangan beramai-ramai telah disahkan memenuhi piawaian lagu. Manakala gitar akustik, bass, violin sebagai 'guide' sahaja dan akan dimasukkan selepas ini bersama-sama akordian dan gambus.
Saudara Firdaus Arif bersama temannya datang melawat kami di studio sambil membawa kamera dan lens barunya.
Kami agak terkesan dengan kata-kata pemilik studio,En Ariff Akhir, " Korang lah band yang paling bising dan havoc dalam studio".
(ha ha ! Itu nak melindungi sindrom nervous dan menjaga keadaan supaya tidak tegang. Yang pasti gelak ketawa dan bermacam-macam lawak jenaka telah dirakam oleh Ariff )
Minggu ini sambung lagi...
Sekian laporan daripada Kesultanan

6 comments:

Syamsulfaiz said...

Mesti kucing Ariff Akhir pun geleng kepala tengok korang punya perangai.

Kirim salam kat Betty ok...cakap my cat Smokey miss her.

guru besar haneem kaydeen said...

all the best! tentu malatop punya..

D'Rimba said...

Semoga berjaya memartabtkan seni bangsa

Dewangga Sakti said...

Syams,
jumpa bila kau balik nanti.Nanti aku hantar raw tracks.eh kau nak masuk bass tak?

Kak Haneem,
terima kasih.Minggu lps baru saja ke Ipoh jumpa Kamal Sabran

D'Rimba,
terima kasih

cohong gym said...

wah, sudah maju la. sudah mau buat itu album. semoga semakin glamer. mana la tau lepas ni dapat masuk muzik-muzik.

wahyun said...

kucing bernama RAHMAN tu sgt besar dan boroi. kita jadikan gmbrnya sebahagian dari kulit album nnt.