Sebelum acara bermula di Seoul, kami dibawa mengadakan pra-persembahan di luar Seoul iaitu bertempat di Dewan Orkestra ,Yong-in. Perjalanan kira-kira satu jam daripada hotel kami menginap.
Sebelum itu di atas permintaan pihak Tourism Malaysia(TM) di sini dan dengan kerjasama pihak TM Seoul,kami berkolaborasi bersama penari-penari Malaysia (pelajar Malaysia yang menuntut di sana). Malam setibanya di Seoul, kami membuat sedikit latihan bersama mereka di ruang bumbung (rooftop) hotel kami dengan instrumen masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan cuaca yang sejuk sekitar 16 darjah selsius. Kami berlatih dua lagu dengan mereka-sebuah lagu zapin dan sebuah lagi lagu joget.
Berbalik kepada persembahan di Yong-in yang merupakan acara memanaskan badan buat semua delegasi. Lima negara mengadakan persembahan di situ. Lima negara lagi mengadakan persembahan di tempat lain(juga di luar Seoul) di hari sebelumnya.
Sophia Ridza kemudiannya memperkenalkan ahli-ahli kumpulan dan menterjemahkan lagu-lagu tersebut ke dalam Bahasa Korea di permulaan persembahan kami. Beliau yang juga mengikut delegasi Malaysia agak terkenal di sini kerana pernah muncul di rancangan televisyen Korea. Kami mempersembahkan dua lagu di sini iaitu Tertinggal Kapal Angkasa dan Zapin Budi. Lagu kedua diiringi oleh tarian oleh pelajar-pelajar Malaysia yang berlatih bersama-sama kami malam sebelumnya.
Pentas untuk Dewan Orkestra ini terletak di luar dan binaannya amat menarik. Pentasnya juga amat besar. Jika bercerita berkenaan sistem bunyi, mereka melakukannya dengan baik dibantu peralatan terkini dan kru yang sedia mendengar pandangan orang lain.
--Ini adalah catatan tertangguh (kami telah pulang ke Malaysia 28 Sept yang lalu)

2 comments:
Dekat skrin atas pentas tu, tulis apa? Dewangga Sakti dlm bahasa Korea kah?
Hah?? Hgpa tak balik lagi ka?? Takdak rezeki nak jumpak kurma harini.. :(
*LT masih simpan daun kering dari Nami Island
Post a Comment