Di dalam pengamatan kami,teksi di sini terlalu banyak dan ada di merata-rata tempat. Jika kami berjalan,tidak kira di mana hatta setelah jam 12 malam pun teksi masih mudah didapati. Pengalaman kami menaiki teksi ke Menara 101 menyeronokkan kerana teksi pun model Altis. Terasa besar dan selesa. Hajat di hati sebenarnya nak naik Cefiro tetapi pilih punya pilih,Cefiro tak kunjung tiba.
Perjalanan bermula dengan nilai NT70,tidak kira masa walaupun selepas tengah malam. Perjalanan hanya memakan masa selama 10 minit. Tambangnya NT100 (lebih kurang RM10).
Kami tidak berpeluang menaiki bas tetapi pengalaman menaiki MRT Taipei amat menarik. Sistem MRT mereka amat tersusun. Bayangkan MRT yang bersambung dengan pusat membeli belah bawah tanah yang mempunyai lot-lot kedai yang pelbagai dan lebih memeranjatkan adalah kewujudan Pejabat Daerah Daan (di Metro Mall)yang amat mesra pelanggan di situ(hanya pejabat kecil-mungkin untuk menyenangkan warga Taipei yang tidak dapat ke pejabat utama). Lebih menarik perhatian,jika kita pergi ke suatu tempat yang jauh dan perlu bertukar-tukar tren sebanyak tiga kali pun kita masih berada di dalam stesen. Tidak perlu melintas jalan atau bertukar ke bangunan MRT yang lain. Semua MRT mereka bersambung.Itulah yang kami perhatikan di dalam sistem MRT di Taipei ini.
Di dalam stesen juga kami dapat melihat arca-arca yang diletakkan di antara tempat menunggu di situ.
Sepanjang 10 hari di sini tidak ada adegan merempit oleh mat-mat motor. Melintas jalan juga mudah.Kalau sudah lampu hijau untuk melintas,semua kereta atau kenderaan lain akan serta merta berhenti dan memberi laluan. Chef Melvin yang berasal dari Malaysia memberitahu perkara ini memang dipraktikkan di sini.
Malam tadi Melvin membawa kami ke pasar malam terbesar di Taipei bertempat di Shihlin.Kami bertukar tren sebanyak tiga kali dan tambangnya hanya NT30 (lebih kurang RM3). Malam tadi awalnya hujan dan ini mungkin penyebab tidak ramai orang berkunjung ke situ. Di sini,kami banyak membeli barang-barang yang ingin dibawa balik seperti T Shirt,keychain dll. Puas kami cari keychain yang mempunyai lambang Taiwan tetapi tidak ada. Di satu kedai,kami terjumpa satu keychain 'Made in Malaysia'.
Kebanyakan peniaga di sini tidak faham bahasa Inggeris. Kadang-kadang bertanya harga pun mereka tidak dapat berkata hatta nombor sekali pun di dalam Bahasa Inggeris . Mereka menunjukkan calculator dan menaip harga di situ. Tapi itu tidak menjadi penghalang. Bagi kami bahasa bukan penghalang.Ada macam-macam cara untuk berkomunikasi.
1 comment:
assalammualaikum...saya kagum dengan perjuangan tuan mengembalikan fungsi tradsisi irama melayu di zaman siber ini..untuk pengetahuan tuan ,saya adalah sahabat karib izad pgl dan beliaulah memperkenalkan kumpulan dewangga sakti kepada saya.akhir kata,semoga semangat utk memperkasakan kembali kegemilangan muzik nusantara tidak pudar walau retak seseni sekalipun jasad tuan-tuan....--Datuk F---
Post a Comment