Thursday, September 07, 2006

Taipei 101


Hampir 10 hari di negara orang tentunya sedikit sebanyak mengingatkan kita dengan tanahair tercinta. Berlainan dengan pemain perkusi,Azmi ketika ditanya pagi tadi berkata dengan nada penuh kesedihan,"Aku rasa macam tak nak balik pulak".Bila ditanya kenapa dia berperasaan begitu,dia mengaku merasa sedih meninggalkan gadis-gadis manis di sini.ha!ha!(Sebenarnya tidak begitu.Bila kita semakin ingin meninggalkan negara asing ini, kita akan merindukan kembali nostalgia di tempat kita lawati)
Mengamati struktur Taipei membuatkan kita tertanya-tanya.Tidakkan politikus dan penggubal dasar negara kita belajar sesuatu bila ke luar negara (Saya maksudkan negara yang lebih maju daripada kita).Tidakkah kita ingin lihat negara Malaysia kita menjadi lebih berstruktur jalanraya dan bangunannya?Kenapa kita tidak mahu belajar sesuatu? Tidak kira daripada sudut mana.
Semalam ketika berjalan menyelusuri stesen MRT Taipei di dalam perjalanan ke kompleks membeli-belah bawah tanah yang bersambung dengan MRT,saya tersentak seketika. Bersama Norman,kami meneliti susunan lukisan yang diletakkan cantik di lorong berjalan kaki.Lebih kurang 30 lukisan dipamerkan di situ. Jelas tiada vandalisme atau kesan-kesan dicuri.Walhal,tiada pengawal keselamatan yang bertugas di situ. Bayangkan kalau di Kuala Lumpur...tanpa pengawasan.
Bermula 11 September sehingga 15 Sepember ini,mereka akan membuat sit-in protes menuntut Presiden meletakkan jawatan kerana tuduhan skandal rasuah berprofil tinggi melibatkan keluarga dan orang-orang terdekat.Baru beberapa hari lepas mereka mengadakan raptai (rehearsal) untuk demonstrasi ini tanpa sekatan atau gangguan daripada pihak berkuasa. (Demonstrasi pun ada raptai?)
Mereka membuat raptai di dalam hujan.Demonstrasi nanti akan diiringi oleh muzik latar daripada komposer terhebat Jerman, Ludwig van Beetoven iaitu Symphony No 4 titled "Fate",Komposer Czech Bedrich Smetana'symphonic poem "Mavlast" dan Komposer Finland Jean Sibelius bertajuk "Finlandia".
Menurut salah seorang penganjur Fan Ke-ching,lagu-lagu itu akan dimainkan di 32 pembesar suara yang ditujukan kepada Pejabat Presiden dengan harapan Presiden Chen Shui-bian akan mendengar suara rakyat jelata.Walau bagaimanapun,sebagai meminimakan kesan muzik kepada mereka yang bekerja dan tinggal berdekatan pejabat Presiden, muzik itu hanya akan dimainkan selepas waktu bekerja dan ketika hujung minggu.
Steven,penyelia Makanan dan Minuman di Yi Cafe ketika ditanya berkata,"We want to kick out the president!".Menurutnya lagi,separuh daripada rakyat Taiwan tidak menyukai Presiden.Mungkin kerana di sini pembangkang mereka kuat dan apa sahaja kesilapan boleh mengakibatkan parti pemerintah kehilangan kuasa. Yang menariknya, Datuk Bandar Taipei Ma Ying-jeou juga terlibat meluluskan protes ini yang dimulakan oleh bekas pengerusi parti pemerintah Democratic Progresive Party(DPP),Shih ming-teh.
Ma ketika ditanya oleh The China Post (edisi 3 September) berkata akan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku selepas itu yang jelasnya telah dibuat setelah berunding dengan ketua polis Taipei. Tindakan Ma ini jelas tidak disenangi oleh Premier Su Tseng-chang dan Interior Minister Lee Yi-yang. Su Tseng-chang memberi amaran ini akan memberikan petanda kurang sihat dan permohonan sama akan berlaku di masa hadapan.
Manakala, Le Yi-yang pula mengkritik tindakan kurang bijak Ma kerana protes 24 jam sehari selama lima hari ini akan mengakibatkan konflik sosial dan memberikan kesan kepada pembangunan ekonomi.
Sungguh seronok melihat politik Taiwan. Mungkin inilah apa yang kami lihat terpapar di stesen TV minggu lepas. Di dalam parlimen(kalau tidak silap),empat orang menyanyi diiringi gitar akustik dengan perasaan yang amat sedih sekali.Suara dan lagu yang mereka mainkan amat sedih.Tiba-tiba senario bertukar!Sambil menunjukkan ibu jari tangan ke bawah (sebagai tanda tidak bagus),mereka menjadi bengis dan menghamburkan kata-kata protes. Walaupun tidak faham bahasa mereka tetapi daripada gerak geri mereka dan paparan di dalam akhbar pula membuatkan kami seakan-akan memahaminya walaupun berlainan bahasa.
bersambung...

No comments: