Pagi tadi ketika sarapan pagi,kelihatan 'pork sausage' terpampang di tempat makanan di Yi Cafe. Sosej babi?Jangan terkejut!Ini makanan normal mereka. Ketika makan tengahari terlihat satu lagi keanehan (aneh bagi kami tapi biasa bagi mereka) iaitu masakan 'frog leg' atau kaki katak? Siapa suka makan katak?
Itu senario di kafe ini. Selain makanan lain,inilah hidangan mereka. Bagi kami yang mengutamakan pemakanan yang mengikut lunas-lunas Islam, hidangan ayam atau daging kami tidak sentuh langsung kerana walaupun masakan itu dimasak oleh En Suparman tetapi sumbernya bukan disembelih oleh orang Islam.
Di sini kami mengutamakan pemakanan yang amat sihat(ha!ha!) iaitu makan sayur-sayuran ,buah-buahan,makanan laut(termasuk ikan) dan minum pula jus serta susu. Selain itu,kopi latte dan cappucino menjadi santapan harian kerana makan secara buffet. Mohsen pula dengan bangganya makan aiskrim Haagen Dazs yang mahal itu dua kali sehari.
Nasi? Ada nasi putih dan nasi beriani.Maklumlah promosi makanan Malaysia.Ada juga murtabak,roti canai dan roti jala serta beberapa lagi masakan tradisi Malaysia seperti kek,sago gula Melaka,rojak buah dll tetapi kami tidak sentuh makanan itu.Kalau makan pun hanya sedikit.Lagipun murtabak,dagingnya bukan sembelihan Muslim.
Untuk sarapan pagi,seperti biasa makanan bijiran dicampur susu kurang lemak,roti bakar dan aneka buah-buahan serta jus. Jangan cuba-cuba memesan telur setengah masak di sini kerana mereka tidak faham bahasa. Kami minta 'half-boiled egg',dia berikan telur rebus!Makan sajalah Labu!
Oh sungguh sihat kami ketika ini.Tidak minum teh tarik,nasi lemak dan roti canai!Semuanya berkhasiat...ha!ha!ha!
Satu lagi yang kami sempat perhatikan -orang Taiwan makan banyak.Betul ke?Atau mungkin beberapa orang yang datang ke sini sahaja. Kalau mula makan pukul 6:30 petang tu kadang-kadang pukul 8:30malam pun belum habis lagi,berulang-alik mengambil makanan.
Kita di Malaysia apa kurangnya?Makan mungkin kurang tapi makanan pula kurang berkhasiat...
No comments:
Post a Comment