Wednesday, September 13, 2006

Minum soya di Taipei

Pagi itu di Yi Cafe,Hotel Shangri-La Far Eastern Plaza Taipei.

"Kamu seorang sahaja yang turun sarapan pagi?"
"Ya!"
"Apa yang lain buat?Masih tidur?"
"Ya,masih tidur kerana terlalu letih"
"Kenapa?Mereka minum (arak) semalam?"
"Bukan.Kami letih kerana banyak membuat persembahan.Oh ya!Kami tidak minum arak!"
"Orang di Kuala Lumpur tidak minum?Saya lihat mereka (orang Islam) di Dubai minum!"
"?!Bukan begitu,ada juga yang minum!"
"Mereka sunni atau syiah?"


Begitulah perbualan singkat saya dengan Steven,penyelia Makanan dan Minuman Yi Cafe. Saya menerangkan secara panjang lebar tentang perkara itu-larangan minum arak di dalam Islam. Beliau mengakui yang kadang-kadang beliau juga minum.

Itulah Steven. Setiap hari ketika sarapan pagi menjadi rakan saya untuk berbual-bual. Bila ditanya tentang Malaysia,saya mencadangkan supaya beliau tidak sekadar datang ke Kuala Lumpur. Sebaliknya saya mencadangkan supaya beliau melawat Langkawi dan pulau-pulau di Terengganu seperti Perhentian,Redang dsbnya.
Di akhir perbualan saya berkata kepada Steven," Kami minum soya!" (ha!ha!ha!)
+Kami tidak sempat minum soya di Taipei kerana dihabiskan dengan meneguk latte dan cappucino setiap hari yang dicampur aiskrim Haagen Dazs

No comments: