Akhirnya setelah 10 hari,kami kembali ke negara tercinta tanggal 9 September 2006. Perjalananan 8 pagi dari Taipei Taoyuan International Airport (yang baru ditukar namanya minggu lepas daripada nama lama CKS International Airport) dan tiba di KLIA jam 3:15 petang setelah transit di Kota Kinabalu selama 40 minit.
Taiwan satu masa dahulu dikenali sebagai Ilha Formosa (pulau yang cantik)oleh pelayar Portugis yang terdampar di pantai setelah kapal mereka karam di perairan Taiwan pertengahan kurun keenam belas. Malangnya kami tidak terdampar di pantai untuk melihat kecantikan yang digambarkan pelayar Portugis itu.
Kerana itu,kami amat menyesal.
Kami tiba di KLIA jam 3 :15 petang Sabtu lalu bersama tekad baru.
Taipei menjanjikan harapan dan mengajar sesuatu tentang kembara hidup manusia. Tentu sekali pengalaman yang dapat membantu perjalanan hidup. Taipei menjadi saksi kemunculan sulung Dewangga Sakti di luar negara.

Kami akan kembara lagi ke Jepun tanggal 24 September ini.Kali ini hanya tiga orang membawa panji :- Zulkifli -gambus, Noor Azmi -perkusi dan Norman -violin.
Moga bersinar muzik Melayu di seluruh pelusuk alam!
No comments:
Post a Comment