Wednesday, March 12, 2008

Jamming Akbar 3

10 Mac - Di saat rakyat Malaysia masih sedang meneliti keputusan pilihanraya dan terkejut dengan keputusannya, Dr Iqbal dan pelajar-pelajarnya yang berdedikasi (kacak dan comel -spt kata Syamsul) menganjurkan program Jamming Akbar yang sudah memasuki Edisi ketiga.Kali pertama pada April tahun lepas dan kedua di bulan Ogos tahun yang sama.
Kali ini seperti celoteh Dr Iqbal ketika persembahan beliau,program santai ini sudah keluar dari territori mereka di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) kerana program ini dibuat di depan tangga besar UIAM berdekatan pintu masuk.Kebiasaannya dibuat di depan Moot Court dengan suasana yang lebih tertutup.Kali ini di kawasan yang lebih luas dengan pentas besar dan suasana yang meriah.
Program dibuka dengan sekumpulan penyajak/penyair yang berjaya menghangatkan suasana. Diikuti sebuah kumpulan lain yang menambahkan lagi keseronokan. Dr Iqbal dan kumpulannya ke pentas selepas itu dan menyanyikan antara lain lagu Ebiet, M Nasir dsbnya.
Program ini seperti juga di Laman Santai menyaksikan jejaka kacak bergaya, Irwan pulang dari Pulau Pinang dan bermain akordian di samping bermain gitar mengiringi Dr Iqbal.
Kami bermain sebagai kumpulan yang keempat dan membuka persembahan dengan lagu Mabok Kepayang. Diikuti lagu Fadzil Ahmad - Si Dia Datang. Lagu seterusnya adalah Belayar ke Pulau Jauh, Selembar Kaseh, Tertinggal Kapal Angkasa,Terbang ke dada langit dan sebuah lagu yang tidak pernah dipersembahkan secara live iaitu Malaysia Tanahairku yang mempunyai pengaruh dangdut(he he).Semua anggota menghadapi masalah untuk bermain lagu ini dengan betul kerana menahan diri daripada ketawa.
Lagu ini telah diilhamkan di Taipei,Taiwan ketika kami mengikuti rombongan promosi Tourism Malaysia pada tahun 2006. Dek kerana terlalu rindukan makanan Malaysia dan tidak dapat makan ayam, maka lagu ini telah tercipta tanpa sedar. Satu lagu lagi yang dicipta ketika itu adalah Mabok Latte kerana anggota kumpulan ketika di Taipei minum latte dan kapucino dicampur coklat Haagen Dazs setiap hari (terutamanya Mohsen).
Persembahan kami diakhiri dengan lagu joget sukaramai iaitu Joget Johor Sport Club dengan penampilan istimewa ahli bersekutu,Wah Yun Kua. Ketika berceloteh dan menjadi tukang karut,Mohsen juga memperkenalkan maskot kami iaitu panda(lihat di gambar) dan juga pertubuhan yang diilhamkan En Syam iaitu PANDRAF (Panda Right Action Force) dan PAPAN (Parti Panda Nasional).Keseluruhannya kami amat berpuashati dengan program ini.
Terima kasih kepada Dr Iqbal,Izwan dan AJK yang bertanggungjawb di sana. Sebagai bekas pelajar UIAM,kami amat berbangga dengan usaha pihak penganjur yang bertungkus lumus menjayakan program ini.


Kami masih menantikan banyak gambar lagi.Jika anda berada di situ dan mempunyai gambar-gambar yang menarik,sila hantar ke email ini - dewanggasakti@yahoo.com

6 comments:

Anonymous said...

inche.. tada video ka jamming akbar ni? itu ari tada sempat la pigi. kirija banyak..

Anonymous said...

publisiti PANDRAF dan PAPAN akan lebih memuncak lagi...lebih2 lagi klo ade pegawai dari WWF ataupun United Nations datang pada jamming akbar tempoh hari...huhuhu
ape2pun, lagu 'tertinggal kapal angkasa' mendapat gemuruh sorakan dari penonton jamming malam tu...
dan lagu dangdut utk malaysia itu ternyata menjadi siulan anak2 muda generasi pasca-pilihan raya ke 12...hahahhaa!!!

Dewangga Sakti said...

Inche anonymous,siapa kamu? Berikan nama.
Video ada.Seddang dinilai dan diedit untuk diletakkan di youtube.
En Wah,
Moga kami akan ditaja oleh WWF dan pertubuhan Panda yg lain.Lagu dangdut itu akan dirakam di dalam versi nyanyian beramai-ramai disambut sorakan dan lawak jenaka.Sesuai didengar ketika sedang bingung atau mabok bercinta.

Selamat,aman,makmur dan berkebajikan negaraku

izwanmalik said...

yo!!!tompang lalu....lagu tertinggal kapal angkasa masih terngiang2...akan tetapi, rakan2ku berpendapat rih lagu itu lebih kepada tertinggal kereta kuda pada zaman 10000bc(sekadar mencedok nama filem 10000bc kerana baru lepas menontonnya)ngehngeh

Dewangga Sakti said...

En Izwan,
Betulkah begitu?he he
terpulang kepada penafsiran masing-masing.he he
janji enjoy di situ.
Kami akan datang lagi!

Anonymous said...

enjois!