Bila kami berehat di antara set persembahan di Laman Santai, kanak-kanak ini mengerumuni kami dan meminta instrumen kami untuk dimainkan. Mereka masih bersekolah di sekolah rendah dan ada yang bersekolah di tahfiz.
Katanya mereka datang dengan ibubapa mereka. Kami membiarkan sahaja mereka melihat,memegang dan seterusnya memainkan instrumen kami itu.Mana tahu suatu hari nanti mereka ini akan berminat belajar dan mengembangkan seni tradisi kita.
Lebih baik mereka bermula awal.Tidak seperti kami yang bermula agak lambat dan masih terkial-kial meneroka muzik ini.
p/s: Kelihatan Irwan memakai baju ala-ala ke kelab dangdut.Jika anda terjumpa beliau di Pulau Pinang,tegur-tegurlah kerana beliau kesunyian!
3 comments:
Ke Irwan sudah biasa ke sana?ahaks!
En Anuar,
Itu kena tanya tu.Sebab akhir-akhir ini semua ahli suka dengar dangdut kerana improvisasi bass line.
ha ha
bass line has been improvised?waduh,gawat tu!inche' shamsul,sila respon...
Post a Comment