Wednesday, December 10, 2008

Bukit Oh Bukit

Bukit Antarabangsa akhirnya bergegar semula dengan tanah runtuh. Aku tengok laporan di buletin utama TV3 dan terus teringatkan studio tempat kami merakamkan 'Mabok Kepayang' di Studio Purple Sound milik Arif di Apartment Oakleaf, Bukit Antarabangsa. Aku menelefon Arif dan dia ketika itu sudah berada di rumah ibunya di UK Perdana (kawasan berdekatan dan markas latihan kami). Dia memberitahu terpaksa meredah jalan hutan untuk keluar daripada kawasan tempat dia tinggal dan keadaan di sana amat membahayakan. Sudah tentu hakisan tanah akan berlaku lagi.
Bagaimana agaknya warga Bukit Antarabangsa dan kawasan sekitarnya selepas ini? Apa nasib mereka dengan rumah dan harta benda mereka?
Ini bukan masa menuding jari dan menyalahkan semua orang. Sewajarnya kita belajar daripada sejarah dalam memastikan kejadian seperti ini dapat dielakkan. Tanpa sedar, kita menjadi rakus dan tidak menghiraukan alam sekitar di dalam pelan pembangunan kita. Kita hanya mahu maju dan terus mencipta rekod-rekod baru.

5 comments:

Anonymous said...

Ianya kerana tidak lain dari "Climate Change" seperti dipetik dari The Independent .. "climate change causing devastating problems for the world in general and human society in particular"

Climate change bukan hanya isu "carbon emissions" tetapi juga lebihan hujan disebabkan dari "the swamping of low-lying countries by sea-level rise".

Syamsulfaiz said...

Aku harap kucing Ariff selamat. Mesti dia dah dapat detect awal hari tu. Kucing ada sixth sense.

Anonymous said...

bukan aku nak mendoakan perkara yang tak baik, tetapi dalam kes taman desa gemilang, MPS dah awal2 lepas tangan kalau jadi pape incident, kesian kat kawan2 yang dah tinggal kat sana, bank dah release full payment pada developer, owner rumah kena bayar settlement, nak jual rumah tu pun satu lagi isu.

Anonymous said...

mengenai kisah gamelan husamwaksa terpanggil untuk join sekali kerana bunyi bunyi dengung gamelan sentiasa menarik minat husamwaksa.

sekiranya ada ruang bolehlah kiranya husamwaksa mempelawa kan diri untuk menjadi ahli muzika tempelan. jaga bonang pon jadilah

satu dua tiga ketuk dua tiga ketuk

husamwaksa

ubilepih said...

minda org kita masih tak faham dan tak kisah sgt pasal climate change n global warming kekdg pak2 menteri sendiri tak faham mnde2 gini..depa mana tau yg enviroment ni fragile amat..wa kekdg penat sgt2 untuk menyalak..ha..ha