Wednesday, December 17, 2008

Pra persembahan

Kami hanya sebuah kumpulan kecil dan bila diberitahu Alliance Francaise KL berminat membuat persembahan ekslusif untuk Dewangga Sakti,kami rasa amat gembira. Kegembiraan ini atas beberapa sebab. Pertamanya, inilah kali pertama sebuah persembahan solo kami diadakan sejak kami menubuhkan kumpulan ini lapan tahun lepas. Keduanya, kami dijemput oleh pusat bahasa asing (ini menambahkan kekaguman kami kepada mereka dan membuktikan beberapa teori kami berkenaan apresiasi muzik). Ketiganya persembahan ini berbayar (yang kami awalnya berfikir siapa yang mahu membelanjakan wang sebanyak RM15 untuk menonton kami).
Persembahan ini juga tidak lengkap sepenuhnya kerana kami kehilangan pemain bass yang sudah berhijrah ke luar negara dan kami memutuskan untuk tidak mengambil pemain baru buat masa sekarang.
Persediaan kami sebelum mengadakan persembahan ini juga tidak begitu lancar. Dua minggu terakhir menyaksikan latihan tidak dihadiri oleh semua ahli sepenuhnya kerana terikat dengan banyak komitmen lain seperti kerja,keluarga dsbnya. Oleh itu banyak pelan tidak dapat dijalankan dan ada lagu yang terpaksa ditolak. Lagu yang dijadualkan untuk diperdengarkan buat pertama kali iaitu Ronggeng Pak Abdul juga tidak dapat dipersembahkan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila tiba hari dijadualkan kami tidak dapat membuat semakan bunyi lebih awal kerana tempat itu (dewan) mempunyai kelas bahasa Peranchis sehingga jam 5:30 petang. (Aku juga sebenarnya hampir-hampir tidak dapat menyertai persembahan ini atas sebab yang amat mustahak ---baca di sini).
Selepas kelas selesai, satu lagi masalah timbul kerana entah di mana silapnya, soundman yang bertugas tidak dapat turut serta dan hanya menghantar barang yang diperlukan sahaja. Kami terpaksa melakukannya sendiri. Mujurlah kebanyakan ahli sudah biasa dengan perkara sebegini. Bekas ahli kami ,Yaser kemudian datang membantu dengan mengendalikan mixer.
Selepas itu, kami menyedari ada lagi masalah menimpa. Cable tidak cukup untuk disambung kepada satu monitor speaker di depan kami (oleh itu hanya satu yang berbunyi ). House speaker pula tiada masalah.
Kami meminta tujuh (7) mikrofon tetapi hanya empat yang berkualiti untuk persembahan -Dua unit Shure SM58 dan dua unit Shure SM57. Tiga lagi adalah jenama biasa yang sebenarnya tidak berapa sesuai untuk persembahan, mungkin untuk ucapan tidak mengapa.
DI (Direct Interface) ada dua dan hanya satu digunakan iaitu untuk gitar Akustik Ovation yang dipakai oleh Azman (gitar ini hasil ehsan dermawan berlian Munawir). Asalnya dua sebab mana tahu Tokeyunta mahu pulang dari Dubai.
Masa makin suntuk dan tiba-tiba pen aku pun boleh hilang untuk menulis nota ketika itu . :)
Akhirnya dengan kecekapan dan sikap tidak putus asa ahli kumpulan(dan kru Dewangga Sakti) ,semakan bunyi berjaya disempurnakan pada jam 7:45 malam iaitu 45 minit sebelum persembahan bakal berlangsung.
Lega rasanya setelah selesai sesi semakan bunyi. Ahli-ahli kemudian bersolat dan makan (ringan-ringan) di kafe dengan mendapat diskaun makanan sebanyak 50% (hasil pujukan En Munawir).
Oh ya!Sebelum itu,ahli dan kru juga menyusun kerusi untuk penonton.

Kru kumpulan pada hari tersebut:-
Munawir ( jurukamera, jurulampu, pengurus pentas, menjaga booth ketika rehat 15 minit)
Fairuz Sheriza (Jurukamera kedua merangkap calon Wah Yun Kua yang direstui semua ahli ;) )
Yaser (Juruteknik dan penarik langsir)
Isteri Azman (menjaga rakaman video)

6 comments:

Syamsulfaiz said...

Tahniah dan alhamdulillah. Bila nak masukkan dalam Youtube? Bagaimana dengan sambutan penonton? Ada jual CD?

wahyun said...

masyuuuuk...jus harimau berleluasa!

cohong gym said...

korang memang power. Setakat masalah macam tu, no prob. Anytime je korang bole settlekan. Sejak zaman Cryptic lagi, mana ada gig yang tak de masalah. tapi semua beres

wahyun said...

kelangsungan sejak dari zaman gig berjaya diteruskan hingga ke hari ini? hebat gile... x pernah tau pn. sbb saya budak baru belajar, klo salah gua x berani nak mntk org tolong jolokkan...mungkin toron master bleh tolong...

Anonymous said...

tahniah la korang. Zoy, along dll jemput ziarah blog aku http://ziarah76.blogspot.com/
entry terbaru, 'jalan hidayat depan mata' mungkin sesuai untuk spesies kita baca...

SITI ZAINON ISMAIL said...

Ya begitulah harus cekap menangani sebarang masaalah . Siap ye, nama kumpulan DEWANGGA SAKTI saya masukkan dalam senarai untuk mengisi kegiataan warisan seni budaya adat Melayu Selangor.aNDA SEMUA Semua dari Kesultanan Gombak dan Rakyat Paduka Negeri...khan?