Wednesday, December 31, 2008

Kami bukan kumpulan ghazal!

Lagu pertama dikategorikan sebagai lagu Ghazal Melayu dicipta oleh seorang ahli Wayang Bangsawan Datuk Bentara Luar di Johor pada tahun 1886. Tajuk lagunya Tinggi-Tinggi Si Matahari.
(dipetik drpd kertas kerja Drs Ungku Mohd Zaman Tahir bertajuk Perkembangan Lagu-lagu Ghazal Melayu Johor terbitan Yayasan Warisan Johor -Jurnal Warisan Johor Jilid II 1998)

6 comments:

wahyun said...

kami bukan juga ghazali.

Syamsulfaiz said...

Ini info menarik. Di mana boleh dengar lagu ghazal yg pertama ini? Kena jam lagu ni.

Eh apa update pasal gig Alliance France (AF?) daa..mana gambar lagi?

Dr. Bentara said...

tu la pasal... tengok sapa invent ghazal tu... aku le tu. Abang Ben(tara).

Dewangga Sakti said...

Wah,
Ghazali kawan kita

Syam,
Kita tak akan dpt jam lagu ni sbb kebanyakan kita tak menjiwai bentuk lagu-lagu ni.Nanti aku tulis info yg lain.
Tiada update lagi berkenaan AF sbb tidak seronok lagi membicarakannya sbb kau tiada di sisi.Nanti kami hantar videonya.Sila bank-in 100Dirham.

Abg Ben,
Ya,Datuk Bentara luar! :)

The Artist as Scientist said...

for me your band should sound "Ghazal" :)

Dewangga Sakti said...

Kamal (the Artist as scientist),
Kami bukan muzik ghazal di dalam bentuk muzik dan lagu-lagu yang standard di dalam muzik ghazal.Misalnya,bentuk muzik kami sendiri tidak menjurus kpd irama dan bunyi ghazal itu sendiri. Sebagai contoh,lagu-lagu ghazal spt Pak Ngah Balik,Jalak Lenteng,Seri Mersing,Puteri Ledang,Anak Raja Turun Beradu,Tanjung Balai,Damak,dan banyak lagu lagi.
Kami secara peribadi suka mengklasifikasikan muzik kami sbg tradisional/folk Melayu.
Lagu-lagu berentak ghazal tidak kami mainkan.Yg selalu kami mainkan adalah muzik berentak joget,inang,zapin,asli dsbnya.
Mungkin penggunaan instrumen gambus telah menyebabkan ramai orang cenderung memanggilnya kumpulan ghazal (juga berlaku kpd apa-apa kumpulan tradisional kerana mungkin terma ghazal itu sendiri bererti muzik tradisional kepada mereka).Seperti juga ramai orang memanggil ubat gigi sbg colgate walaupun keluaran Darlie,Safi dsbnya.
Jadi,rentak dan bunyi ghazal itu sendiri perlu difahami sebelum kita mengklasifikasikan sesebuah kumpulan itu.Ini kerana rentak dan irama Melayu hasil banyak pengaruh luar telah membentuk muzik kita yg kaya dan unik.
Terima kasih kerana memberi komen.Saya akan cuba mengupas perkara ini di dalam tulisan akan datang.