Tuesday, December 06, 2011

Baca Puisi Riong




Dewangga Sakti membuat persembahan di Baca Puisi Riong anjuran Berita Harian-Institut Terjemahan Negara Malaysia-Pena-IB di Laman Beringin,Istana Budaya Sabtu lepas.

Persembahan ramai pemuisi,penyair tanahair yang dikagumi seperti AGI, Dr Mohamed Saleeh Raamad,Rahimidin Zahari,Dr Zurinah,Rhaman Shaari,Zaen Kasturi ,Dr Ramzah dan lain-lain lagi.

Sementara itu,Taheera Rosheena juga beraksi menyanyikan lagu Rindu Ibu dan Khazanah yang puisinya karya A Samad Said. Majlis juga diserikan persembahan Black Mentor dan Nora.

Istimewanya pelajar Jurusan Pengajian Melayu dari Korea serta Jepun juga mendeklamasikan sajak di dalam Bahasa Melayu. Pengacara majlis Ahmad Fedtri Yahya.

Tuesday, September 27, 2011

Musim Bunga

Di bulan puasa ,kami berehat panjang. Ada ahli yang bermusafir ke timur tengah,ada juga ahli yang menyembunyikan diri di hutan simpan. Beberapa yang lain sibuk berbakti membajai pokok yang ditanam sejak tiga tahun lepas di UK Perdana, daerah bersebelahan kesultanan.

Bila musim hari raya tiba, beberapa jemputan dipenuhi. Di antaranya majlis hari raya Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di Wangsa Maju dan majlis PEMANDU di Hotel One World, Damansara bersebelahan One Utama.

Di majlis PEMANDU, Wahyun yang sudah lama tidak menyertai kami kerana kesibukan tugas di pantai timur telah memandu sejauh 300km; membuat latihan sehingga jam 2 pagi dan persembahan keesokan harinya. Irwan pula tidak dapat hadir kerana masih sibuk dengan kerja-kerja keselamatan negara di pulau utara tanahair.

Manakala di majlis ITNM, pasukan DS ibukota menjemput pemain gitar yang kami kenali di program Perbadanan Adat & Warisan Selangor (PADAT) pada tahun lepas iaitu Abg Yom untuk menyertai kami. Abg Yom yang berpengalaman luas menyuntik semangat baru kepada kami yang masih di dalam proses pembelajaran.


Sunday, August 28, 2011

Raikan Kemenangan

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,maaf zahir batin kepada semuam umat Islam.


Mari bersama meningkatkan pencapaian dan mengubah medan latihan satu bulan menjadi dua belas bulan.

Saturday, August 27, 2011

.........,,,,,, @@@@$##%%







"Lama tak kemaskini blog?", begitu pertanyaan bekas ahli yang banyak membantu kami ketika kami mula-mula ingin membesar dahulu. Ahli yang mengambil alih tempat Abdul Raof ketika beliau berkelana ke U.K.

"Ok, malam ini aku kemaskinikan khas untuk kau!",begitu jawapan aku (ada tokok tambah sedikit haha)

Bulan puasa bulan yang sunyi buat kami kerana kami tidak mengambil apa-apa persembahan pada bulan ini. Hanya selepas Hari Raya ,kalendar kami aktif semula.

Sebelum puasa, kami terlibat dengan dua persembahan - di Sepang Gold Coast dan juga di Kelantan Delights Subang Jaya.

Gambar di atas ketika di Kelantan Delights sempena persembahan jemputan syarikat Heitech Padu yang meraikan persaraan salah seorang pengarah mereka.

Ok Mie! Ayuh lah kita jamming semula! Seperti di Sapporo dan Chengdu.

p/s: Entri ini ditulis ketika mendengar Dead Can Dance . Aisyah ," ayah,lagu apa ni?"

Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi. Mudah-mudahan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya dan segala amalan kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Menjelang Ramadhan ini, Seniman Negara yang prolifik Datuk Syed Ahmad Jamal meninggalkan kita dan kembali kepada Pencipta. Al Fatihah...


Nota: Kami akan terus tidur lagi buat sementara waktu

Tuesday, July 19, 2011

ZZZZZZZZZZ



Kami sedang tidur. Diharap bersabar menunggu entri yang seterusnya. :)

Saturday, May 21, 2011

A Map of Trengganu

Awang Goneng melancarkan buku terbarunya,A Map of Trengganu iaitu sambungan kepada Growing Up in Trengganu. Sebuah buku yang sarat dengan kisah masa lampau negeri pantai timur itu di samping catatan kisah hidup penulis sendiri.
Baca catatan penulis di sini .
Kami juga dijemput untuk memeriahkan majlis pelancaran tersebut yang diadakan di RA Fine Arts yang baru berpindah ke Solaris Dutamas,Jalan Duta.

Saturday, March 12, 2011

Jamming Akbar 5

Kembali ke alma mater sesuatu yang kami raikan. Lebih-lebih lagi jika program santai dianjurkan oleh Dr Iqbal dan Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws(AIKOL) yang mana dua ahli DS merupakan graduan daripada kuliyyah tersebut.
Walau bagaimana pun, jejaka pulau kesukaan ramai di UIA ,Irwan dan Wahyun tidak dapat hadir kerana komitmen kerja.
Kami terlibat dengan Jamming Akbar sejak kali pertama diadakan pada tahun 2006. Jika tidak salah ingatan, ketika itu kami di dalam persiapan untuk kali pertama ke luar negara iaitu Taiwan, diikuti oleh Jepun dua minggu selepas kembali. Sebagai sejarah juga ,di situ menyaksikan lagu Kembali Menchari yang dimuatkan di dalam EP kami pada tahun 2008 dimainkan buat kali terakhir.
Edisi kali ini adalah untuk kali ke-5 dan dibuat di tempat yang lebih santai, bersebelahan sungai di tepi Dewan CAC dan bangunan baru Azman Hashim.
Majlis dimulakan dengan persembahan Dr Iqbal dan teman-temannya yang terdiri daripada pentadbir dan pelajar UIA. Mereka memainkan sepuluh buat lagu (mungkin dua belas lagu haha) daripada Ramli Sarip, Ebiet, M Nasir, Iwan Fals dan sebuah lagu Deep Purple. Ketika lagu Apokalips dimainkan, Dr Iqbal sudah naik syeikh dan turun ke pentas mengajak penonton menyanyi bersama-sama beliau.
Beliau juga berjenaka mengatakan pelajar kelasnya yang datang akan diberikan markah lebih.
Kemudian penonton dihiburkan oleh IIUM Acoustic band yang dilatih oleh jurulatih mereka Ku Zahir dari Istana Budaya.
Kami bermain selepas itu dengan pilihan beberapa lagu dan diakhiri dengan sebuah lagu blues merapu dinyanyikan secara sumbang dan penuh sukaria bersama Dr Iqbal.
Program tamat hampir jam 12 tengah malam.
Terima kasih kepada Dr Iqbal dan semua AJK yang terlibat.

Saturday, March 05, 2011

Ahad yang sibuk

Ahad lepas, dua jemputan dipenuhi. Yang pertama majlis perkahwinan di Bangi yang amat panas. Satunya kerana dibuat di luar rumah kelab,bukan di dalam dewan. Walaupun berbumbung tetapi kipas tidak berada berhampiran dengan kami. Keduanya kerana sambutan yang menggalakkan daripada tuan rumah dan hadirin. Ada satu lagu yang dinyanyikan sebanyak tiga kali. Juga permintaan tuan rumah untuk sesi joget lambat yang menyaksikan hampir dua puluh orang membuat tarian gaya bebas di depan setelah ramai tetamu lain pulang. Kami tamat lebih kurang jam 4:15 petang.
Persembahan ini juga terencat kerana empat ahli sahaja yang dapat hadir. Dua ahli di luar kesultanan terikat dengan komitmen lain.
Kemudian kami bergegas ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sebelah KLCC untuk melakukan semakan bunyi bagi program makan malam pada jam 8:30mlm. Program ini istimewa kerana dianjurkan oleh Persatuan Alumni UIA di mana majoriti kami graduan daripada alma mater tersebut. Kami amat berbesar hati kerana pemain akordion jemputan tiba untuk menyertai kami. Saudara Lan sudah beberapa kali menyertai kami jika Irwan tidak dapat hadir.
Banyak tetamu VIP hadir ,di antaranya Perdana Menteri Malaysia,bekas PM,Ketua Polis Negara,menteri besar,menteri dan lain-lain. Majlis juga dimeriahkan dengan kemunculan istimewa Maher Zain yang menyanyikan dua lagu -InsyaAllah dan sebuah lagu baru ditujukan kepada rakyat Tunisia, mesir,Libya dan negara-negara Arab lain bertajuk Freedom.
Sayang kami hanya di backstage dan tidak dapat menyaksikan majlis tersebut serta mendengar ucapa-ucapan yang ditampilkan.
Usai majlis, kami berfikir dan meneliti.
Sayang sekali jika Alumni tidak dapat menyatukan semua bekas graduan UIA yang berbeza latar belakang dan berjaya di dalam kerjaya masing-masing. Ramai yang kembali berbakti kepada masyarakat dan menyebarluaskan visi universiti.
Sayang juga jika semua pencapaian bekas graduan tidak dinilai secara menyeluruh. Walaupun berbeza fahaman politik, semua sewajarnya diraikan (sila rujuk hall of fame di luar dewan dan senarai penerima anugerah) Bukan daripada satu kelompok sahaja. Kita mungkin boleh bersetuju dengan pencapaian mereka yang berada di dalam BN seperti MB Perak, Timbalan Menteri Kesihatan, dan lain-lain lagi. Penghargaan juga perlu kepada mereka yang di luar BN. Perkara yang lebih mustahak adalah membuang fahaman politik dan mengiktiraf mereka berdasarkan kebolehan dan pencapaian masing-masing. Misalnya, nama dan gambar bekas Presiden UIA, Anwar Ibrahim sudah dibuang rasanya daripada ingatan UIA setelah berlaku krisis 1998. (Perlu diingat ini adalah sejarah dan bukannya politik semata-mata)
Kita mungkin boleh membakar buku dan gambar tetapi ingatan kolektif manusia itu sendiri akan tetap ada.
Kita ada ramai lagi yang perlu ditonjolkan. Jangan mewarisi politik Malaysia yang belum matang.

Sunday, February 27, 2011

Readings from Readings


Cerita lanjut tentang Resonant Rhythm (kolaborasi bersama Apple Hill) akan diceritakan nanti.
Buat sementara, kami akan bercerita tentang persembahan di pelancaran buku Readings from Readings ,sebuah antologi tulisan ramai penulis yang diselenggara oleh Sharon Bakar dan Bernice Chauly. Lebih lanjut tentang buku tersebut boleh dibaca di blog Sharon.
Kami pernah bermain di program Readings kelolaan Sharon pada tahun 2008 ,ketika kami baru sahaja mengeluarkan CD pertama kami iaitu Mabok Kepayang. Perkenalan dengan Sharon Bakar pula ketika kami mengadakan persembahan di PDDP sempena pesta buku pada tahun yang sama (program naungan Raja Ahmad daripada RA Fine Arts).
Bercerita berkenaan program malam tadi (Jumaat, 25 Feb 2011),itu adalah penampilan pertama kami di Black Box,MAP, Solaris Dutamas. Kami bermain tiga lagu di pembukaan majlis. Kemudian diikuti dengan pembacaan karya oleh penulis-penulis yang terlibat di dalam buku tersebut. The Panda Head Curry juga menyerikan majlis dengan lagu-lagu mereka.
Penghujung acara ketika jam sudah menghampiri 12 tengah malam, kami menutup acara dengan memainkan dua lagi lagu .Lagu pertama hanya improvisasi yang rasanya menjangkau sepuluh minit(kami harap ada yang merakam improvisasi ini kerana semuanya adalah spontan) dan diakhiri dengan lagu Joget Johor Sport Club.
Seperkara lagi,sesuatu yang jarang berlaku bila kami hanya muncul bertiga malam tadi disebabkan tiga ahli lagi terikat dengan komitmen lain.
Tahniah kepada Sharon Bakar, Bernice Chauly dan penulis-penulis yang terlibat di dalam buku ini.

Sunday, February 13, 2011

Apple Hill

Apple Hill

Gerak kerja awal

Bulan November tahun lalu, pihak kedutaan U.S. menawarkan persembahan kerjasama bersama kuartet klasikal daripada Amerika, Apple Hill yang banyak membuat jelajah di seluruh dunia. mengadakan persembahan, bengkel dan master class. Apple Hill string quartet terdiri daripada dua orang violin, seorang viola dan seorang cello. Saya tidak segera menyatakan persetujuan disebabkan banyak perkara yang perlu dibuat. Bukan sahaja persembahan Dewangga Sakti bersama Apple Hill yg perlu dibuat, tetapi tugas sebagai penganjur juga perlu dilaksanakan dengan memilih tempat persembahan yang bersesuaian dengan tarikh yang diminta pihak Kedutaan dan perkara-perkara lain.
Di samping itu,pilihan tempat yang sesuai dengan kadar sewa yang bersesuaian perlu dicari untuk mengadakan persembahan tersebut. Beberapa tempat dicadangkan. Setelah mengambil kira lokasi dan kesesuaian, kami sepakat memilih The Actors Studio @ Lot 10 yang bertempat di Pusat Membeli-belah Lot 10,Kuala Lumpur.
Setelah proses awal selesai, kami perlu mencari pasukan kami (kru) yang akan bertugas semasa soundcheck dan persembahan.
Sinaganaga dipilih sebagai pengurus pentas ketika kami berbincang dan dipersetujui.
bersambung...

Wednesday, February 02, 2011

Resonant Rhythm- Dewangga Sakti & Apple Hill Showcase


Masuk percuma!
9 Feb 2011, Rabu, 8:30malam
Tempat: The Actors Studio @ Lot 10, Roof Top,Level 8, Lot 10 Shopping Centre, KL
Tempah tiket anda di ahds2011@gmail.com (Nyatakan nama & berapa tempahan tiket)
MASUK PERCUMA! Tiket terhad ! 198 tempat duduk sahaja!
APPLE HILL merupakan sebuah kuartet klasikal dari US & persembahan ini mendapat dokongan daripada Kedutaan Amerika Syarikat.
Berkenaan Apple Hill di sini

Thursday, January 27, 2011

Dua Ribu Sebelas

Gambar terbaru Dewangga Sakti setelah sekian lama gagal mengambil gambar kumpulan.
Kelihatan taiko Balik Pulau di depan dengan gaya ingin bertarung.
Terima kasih kpd Mr Jo Ghazali yang mengambil gambar kami setelah dibayar oleh Deansham.

* Tunggu kemaskini berkenaan persembahan DS bersama kuartet klasikal dari Amerika, Apple Hill pada 9 februari 2011. Masuk adalah percuma. Walau bagaimanapun, tempahan untuk tempat perlu dilakukan(akan diberitahu nanti).

Monday, January 17, 2011

Pertama 2011



Persembahan pembukaan tahun ini utk sebuah majlis perkahwinan di Dewan Merak Kayangan pada 9 Jan 2011.

Seterusnya ,minggu ini 23 Jan, Ahad kami akan bermain di Hari Terbuka KLPAC . Sila rujuk di sini. Terbuka kepada awam (percuma!) dan berlangsung daripada jam 10 pagi sehingga 5 petang. Kami akan bermain jam 1:30 petang di lobi. Terdapat 10 pentas di luar dan puluhan persembahan lain yang berlangsung sepanjang hari. Jika berkelapangan, jemput hadir ke sana!

Saturday, January 08, 2011

2011

Selamat tahun baru semua.

Beberapa persembahan awam sudah dirancang pada tahun ini ,dimulai dengan yang pertama pada 23 Januari bertempat di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC ) untuk program hari terbuka mereka di Sentul. Program mereka bermula 10 pagi sehingga 7 malam dan kami akan bermain di lobi pada jam 1:30 tengahari. Masuk adalah percuma. Banyak persembahan lain di beberapa pentas di situ.
Bulan Februari dan Mac juga kami terlibat dengan dua persembahan awam yang akan kami maklumkan nanti.