Thursday, February 05, 2009

Makmal ujikaji

Kami akan berpindah tempat operasi kumpulan. Kali ini betul-betul di dalam Kesultanan yg kami kasihi. Tempatnya berdekatan Balai Polis Gombak. Maka senang lah jika kami menghadapi masalah atau jika perlu laporan polis dibuat ke atas mana-mana pihak yang mengganggu.
Dijangka bulan ini kami akan merasmikan tempat baru yang sebenarnya atas belas ehsan persatuan silat sekitar (juga pujukan dan rayuan Papa baru dalam kumpulan kami).
Kami namakan tempat operasi baru itu sebagai makmal untuk kami membuat ujikaji terpilih. Saintis pertama kami yang sedang bekerja di Dubai berbesar hati mengirimkan sedikit dirham untuk kami melakukan proses yang perlu (masuk ke dalam Maybank ya!).
Tahun ini juga beberapa perkara telah dirancang iaitu rakaman album penuh kumpulan yang akan bermula beberapa bulan daripada sekarang (mungkin juga lebih awal).
Tapi kami masih tak punya pemain bass untuk rakaman tersebut. Tokeyunta,bolehkah tuan pulang sekejap ke Malaysia?

7 comments:

Unknown said...

Bolehlah buat persembahan di depan Ong Tai Kim.

Mental Phobia said...

MUNGKIN SELEPAS INI ABNG ABNG POLIS TIDAK AKAN KESUNYIAN LAGI....GERAK GERAK GERAK KHASSSS..

wahyun said...

kita sediakan tikus putih dan tikus hitam sebagai ujikaji utk mengetahui kadar desibel bunyi2 yg bakal dimasukkan dalam eksperimen.

kengkawan sume pn boleh dermakan tikus2.
tapi kami x terima tikus kat belakang umah ataupun tikus2 jalanan.
mungkin normen terima hamster putih berbulu gebu.

lagu tema makmal-"gerak gerak gerak khaaaasss...aaaa..."
(ihsan dari pak usop aslam dan saudara apakejadahnyer)

Syamsulfaiz said...

Berapa dirham mahu? Kasi tahu sama tokehunta.

Wokeh?

Anonymous said...

Pau Tokeyunta woy!!!!!!!!!!!

Mental Phobia said...

jadikan wahyun sbg bahan ujikaji pun bole jugak...

wahyun said...

sdr apa,
kami terima tikus sahaja.

inche' along,
kasi la sa-ribu satu malam
malam? darhaaammmm...
wokeh.

normen,
mari pau along!!!!