Thursday, February 26, 2009

Majlis Makan Malam Alumni UIA








"Sekarang UIA tidak haram-haram lagi muzik ", Ustaz (sekarang Dato') Hamidon berkata kepada kami.
"Ustaz,saya pernah jadi mangsa", beritahu aku kepada beliau.
"Saya tahu,"balas Ustaz pula.
"Masa tu mereka belum habis baca kitab,"tambah beliau lagi sambil tersenyum. Kami turut tersenyum dengan bicara Ustaz itu.(Teringat ketika gitar diharamkan di kampus.Ketika di matriks Lembah Pantai pula,gitar elektrikku disorokkan di dalam tandas oleh Manny ketika spotcheck. ha ha)
Kami berbual malam tadi selepas selesai majlis makan malam ALUMNI UIA di Hotel Nikko (juga kutipan amal Palestin). Kami juga sempat berbual dengan Presiden Alumni,En Khair Ngadiron (CEO ITNMB) yang banyak memberikan sokongan kepada kami untuk terus menghasilkan karya-karya baru.
Ketika kami menghampiri lagu terakhir persembahan, kami mendapat signal supaya meneruskan lagi persembahan.
Selepas persembahan,meja diperuntukkan kepada kami telah diambil oleh tetamu yang lain kerana hadirin melebihi jangkaan. Jadi,pihak jawatankuasa mengarahkan kami semua ke rumahkopi (coffeehouse) untuk menjamu selera sambil ahli berjenaka akan memesan makanan paling mahal. Firdaus Ariff dan seorang temannya juga mengiringi kami sebagai kru (foto).
Makanan lambat sampai dan ketika kami selesai makan,ramai tetamu sudah beredar pulang. Mungkin separuh (drpd 300 orang) telah pulang.
Sesampai kami di meja depan tempat berlangsung, kami dimaklumkan ramai yang bertanyakan tentang CD kami. Kami hanya meletakkan lima keping CD di atas meja dan tanda harga tanpa ada sesiapa yang menjaganya. Magisnya ,mereka yang membeli CD meletakkan duit di atas meja dan AJK memberitahu ramai yang masih bertanya tetapi sudah pulang. Ini kesilapan kami kerana lambat naik ke atas daripada rumahkopi. Pelan asalnya mahu duduk di meja tersebut dan menjual CD selepas tamat majlis.
Kami agak kecewa tidak dapat mendengar ucapan Prof Kamal Hassan. Agak-agak ada sesiapa yang merakamkan ucapan tersebut?
Ramai juga ahli politik dan bakal pemimpin daripada pelbagai aliran politik yang datang ke majlis tersebut. Itulah yang harus dilakukan. Jalinan persahabatan kawan-kawan mesti diteruskan walaupun berbeza ideologi politik. Jangan bila mendaki puncak kuasa,kita melupakan kawan-kawan rapat yang sama-sama makan maggi di kampus dahulu.
Terima kasih kepada pihak jawatankuasa yang memanggil kami membuat persembahan. Juga kepada yang menegur dan berbual mesra seperti Faris,Kudin,Anuar,Ezmil dan ramai lagi.
Kredit gambar: Firdaus Ariff

8 comments:

FJ said...

haah. muzik-muzik sudah dibolehkan di uia. some time in 2006, saya pun tak sangka dapat tengok battle of the band dan ramli sarip dalam uia!!

wahyun said...

haha...uia jauh berubah dah. dari aku 1st year smpaila sekarang (harap smpai bila2) bnyk perubahan berlaku...

dan aku juge bangga (smbil kembangkn hidung luas tak terkira)sbb aku terlibat sama dalam proses perubahan tu...

ni pun jase 'perusuh-perusuh' dan 'reformis2' generasi terdahulu.

tabik sppppppprrring!!!

Dewangga Sakti said...

FJ,
Dulu melalui banyak kepayahan.Tapi berbaloi.Kami semua main muzik dkt luar kampus dahulu.Kalau muzik yg kami mainkan dulu dimainkan di dlm kampus,pasti dibanned juga sbb berat.Jadi,kami merusuh di luar kampus.

Wah,
pentadbir sudah faham.Ibarat kata Ustaz,sudah habis baca kitab! ha ha

Unknown said...

Laa mana gambarnya?

Syamsulfaiz said...

Memang tak sangka UIA boleh berubah. Mungkin ramai yg berdoa dulu.

Dulu memiliki gitar dlm UIA seperti memiliki dadah rasanya !

bagusssss UIA

Dewangga Sakti said...

Anuar,
sudah ada.
Syams,
gitar lebih haram drpd dadah.

Unknown said...

Tiba-tiba saya rasa macam dah tua....

Dewangga Sakti said...

Abg JR,
Kalau nak rasa muda kembali,masuk-masuk lah dlm UIA tu.
:)
Tapi tuan baru sahaja 21.Macam mana sudah kata tua?