Wednesday, February 25, 2009

MATDUM ke Jamming Akbar ke Nikko







Akhirnya misteri terungkap dua hari lepas tentang nama MATDUM ketika kami membuat persembahan di Dewan Banquet, UIAM. Undangan ke UIA pasti kami penuhi kerana tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat membina istana.
Persembahan itu sempena penyerahan tugas Sekretariat Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti universiti Malaysia atau singkatannya MATDUM! Kami sangkakan kawan MatKool! :0 ) (Ezmil,apa punya singkatan da!)
Tidak banyak lagu kami bawakan -hanya empat sahaja.
Semalam pula,kami memenuhi undangan Dr Iqbal dari Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) untuk program jamming yang dinamakan Jamming Akbar yang sudah memasuki tahun keempat.Ia diadakan setiap semester.Sesuai dengan nama jamming,maka sudah pasti suasananya amat santai.
Kali ini ketika program sudah sampai ke kemuncak,hujan mula renyai-renyai selama hampir 15 minit. Penonton seramai lebih kurang 200 hingga 300 orang tidak berganjak kerana menunggu pensyarah mereka menyanyi dan berseloka. Seorang gadis memayungi ahli kumpulan yang sedang beraksi (Cuba teka siapakah jejaka bujang tersebut?)
Penonton menyanyi bersama-sama terutama ketika pensyarah bersuara macho mereka mengalunkan lagu Ebiet, Sweet Charity,Iwan Fals dll.
Malam tadi juga menjadi malam kedua kami bersama penyanyi baru yang telah kami ujibakat minggu lepas.
Kami harap jamming ini akan diteruskan selepas ini. Kalau boleh buatlah di depan moot court semula kerana penonton akan lebih dekat dengan pemuzik.
(gambar ehsan ZeroHero)

6 comments:

Syamsulfaiz said...

Sapa dia penyanyi baru tu? Adakah dia hensem/jelita?

Ada rakaman Jamming Akbar dlm Youtube?

Anonymous said...

Nama MATDUM tu bukan kami yang kasi laa... Tanya laa ahli majlis mesyuarat TNC HEPA, diaorang yang kasi nama tu

wahyun said...

ada lagi seorang ahli DS yg masih bujang yg telah dikirimkan salam oleh seorang gadis...

"kimsalam kat abang baju kot putih tu ek..."

mmmMMMMMove!

Dewangga Sakti said...

Syam,
dua org penyanyi.Lelaki dan wanita.Jantina (jantan + betina)

Ezmil,
ha ha ha.Ini mesti pengaruh MATKOOL ni.

Wah,
bahaya tu.Abdul pula memendam rasa.Habis bantal dibasahi air mata.

Nizam Ahmad said...

owh jamming akbar dah masuk tahun keempat ek? aku sempat tgk sekali je.

Dewangga Sakti said...

nizam,
UIA terus berkembang. Hidup UIA dan Sg Pusu! :)