Wednesday, February 04, 2009

Sembilan

Sembilan tahun lepas, aku dan Mohsen memulakan Dewangga Sakti dengan tekad untuk bereksperimen dengan gamelan di kampus kami di Sungai Pusu. Setelah gamelan tidak dapat kami gunakan kerana ahli-ahli yang menamatkan pengajian satu demi satu, eksperimen itu tidak menjadi dan tidak ada langsung di dalam rakaman. Mungkin yang dapat diselamatkan adalah satu gubahan bertajuk Inderapura yang akhirnya dirakamkan ke dalam album Cryptic Malediction, sebuah kumpulan makan besi (dan juga orang) dan dinamakan sebagai 'Palace of Doom' (lagu instrumental dengan gendang dan gamelan).
Setelah aku belajar gambus pada tahun 2003, muzik kami berubah sejajar dengan minat kami yang lain dan juga kehilangan bunyi gamelan tersebut. Setelah penggunaan terakhir gamelan pada tahun 2004, kami telah di'banned' untuk melakukan kolaborasi dengan kumpulan gamelan UIA di atas sebab-sebab yang sukar dimengertikan.
Di masa-masa sukar tersebut, kami banyak berbincang bagaimana ingin menangani masalah yang ada. Bermula 2005 dengan kemasukan pemain perkusi ,Noor Azmi (yang kini menjadi pemuzik sepenuh masa di UKM ) halatuju dan perubahan muzik kami tidak dapat dielakkan lagi.Inilah yang menjadi asas dan tunjang kepada muzik yang ada sekarang.
Bulan lepas, pengasas dan penyanyi Dewangga Sakti, Mohsen Amdan telah meletakkan jawatan sebagai ahli kumpulan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang perniagaan.
Kami seluruh ahli kumpulan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Budi dan jasa baik beliau akan sentiasa dikenang!

8 comments:

Mental Phobia said...

semoga terus berjaya.......

Dr. Bentara said...

aduh... suara sedap tu...

camana strategi seterusnya?

Dewangga Sakti said...

ApakejadahNyer,
Terima kasih.

Abg Ben,
Band jalan terus. Azman (gitar) yg akan menggalas tugas sbg penyanyi (sambil main gitar).Rakaman seterusnya telah dirancang dan akan dimulakan bila duit tokeyunta Dubai sampai kepada kami . :)

Nizam Ahmad said...

ish.. sedih plak baca entri nih.

2004 kena banned? ermm 1st show aku tgk korg pd tahun 2003 cultural week kat main audi..
kecoh mmg kecoh.. huhu~

Nizam Ahmad said...

mohsen & dewangga sakti..
jalan harus terus ke depan :)

Dewangga Sakti said...

Nizam,
Jalan terus. :)
2003?
Rasanya itu Januari 2004 tu. Sbbnya itu sahajalah penampilan kami di Main Audi tu.Kali terakhir dgn gamelan.
Secara peribadi,main audi tu lebih sesuai utk persembahan dibandingkan dgn Dewan CAC tu.Sbb bunyinya lebih bagus jika kena dgn caranya.
Banned? Ya!Atas alasan yg dangkal.ha ha
2005 aku dtg semula mengajar/menyelia band UIA lagu2 tradisional utk konvo dan ramai budak2 tu aku tarik masuk dlm Dewangga Sakti (pernah dan masih ada)-Zakiah,Atiyah dan--- Matrock serta Wah Yun (yg kekal skrg).
Tapi Alumni UIA ada menghubungi kami dan mengiklankan satu page majalah REACH keluaran terbaru(serta temubual akan datang)
ha ha

Anonymous said...

Papa Man yg mnyanyi...Risau la beb..sebab die ni Papa yg garang dan tegas..hahaha!!

Syamsulfaiz said...

Perjuangan Dewangga Sakti memang penuh dengan liku2nya.

Tetapi perjalanan mesti diteruskan.

Selamat maju jaya Mohsen dan DS!