Thursday, May 10, 2007

Kedai makan Muslim





Berdekatan hotel tempat kami menginap terdapat sebuah kedai makan Muslim. Lima minit berjalan kaki sahaja. Kami pasti kedai itu menjual makanan halal setelah terlihat gambar masjid di papan tanda kedai dan logo halal yang terpampang semasa perjalanan pulang di dalam teksi dari Sichuan Conservatory of Music.

Esoknya tanpa dirancang kami mencuba makanan di situ.Kedainya kecil sahaja dan memuatkan lapan buah meja(kalau tidak silap).Satu meja boleh memuatkan empat orang pelanggan dan terpampang di dinding gambar masjid.

Ucapan salam disambut dengan mesra. Pemilik restoran ini dan pekerja-pekerjanya tidak tahu sepatah pun bahasa Inggeris. Malah menunya pun di dalam bahasa mereka. Bagaimana agaknya kami ingin berkomunikasi?

Norman mencadangkan supaya Syamsul melukis di atas kertas gambar mi di dalam mangkuk dan menunjukkannya kepada pelayan restoran. Isyarat itu difahami dan kami menjamu selera dengan mi yang dibuat terus oleh pekerjanya di ruang depan kedai.Sungguh unik pembuatannya yang dapat kami perhatikan secara 'live'.Tepung diuli dan ditebar-tebar.Kemudian dibentuk menjadi mi dan terus dimasukkan ke dalam bekas masakan.

Rasanya? Memang lazat dan menyelerakan. Kami ingin memesan teh tetapi nampaknya mereka tidak faham dan akhirnya memberikan kami air suam.

Harga mi ini amat murah iaitu 4yuan (RM1.80) semangkuk.

Besoknya kami dapat tahu,Abang Khalid pun datang makan di situ di sebelah malam dan memberitahu kami sudah ada menu di dalam bahasa Inggeris dan dia memesan mi daging kambing.

2 comments:

ady_zie0407 said...

blh x sy nk tau maklumat lokasi makanan halal yg berada di chengdu dan Xian???kalu blh nama kedai makanan yg spesifik.....sebab kami ingin membuat lawatan ke chengdu....

Dewangga Sakti said...

Kedai ni terletak berdekatan Restoran Gingko di Chengdu.
Kalau nak cari yg lain,pergi ke masjid di Chengdu. Di bawahnya banyak restoran Muslim. Boleh google cari Muslim restaurant in Chengdu.
Xian saya tak pasti. Tapi boleh cuba google juga. Saya pasti ada makananan halal di sana.
Bahasa Inggeris kurang digunakan di sana.