Friday, April 25, 2008

Menyeberang tambak

Jika tidak ada aral melintang, kami akan membuat persembahan di Singapura pada 7 dan 8 Jun ini di Ekspo Singapura. Bulan Julai juga akan menyaksikan kami ke sana membuat persembahan.Persembahan ini atas inisiatif daripada Abg Yan (Madrasah Al Irsyad) yang menjemput kami dan telah berhubung sejak Januari tahun ini iaitu sebelum kami terlibat dengan sebuah dokumentari terbitan MediaCorp.
Kami amat berbesar hati dijemput ke Kota Temasik dan bertemu dengan penggemar muzik Melayu.Di antara yang menonjol di sana adalah kumpulan Sri Mahligai yang gigih memperjuangkan seni tradisi muzik Melayu di tengah-tengah bandar kosmopolitan Singapura dan membuat banyak komposisi baru muzik Melayu.
InsyaAllah bertemu kita di sana.Kepada teman-teman terutama drbubbles atau Cohong yang ingin turut serta ,kami alu-alukan.Sila hubungi Abg Syam untuk keterangan lanjut.

8 comments:

cohong gym said...

Singapore? peh menarik tuh. Tapi aku tak bole pegi la. Aku ada perbicaraan kat Labuan hari Isnin and Selasa.
Semoga kauorang semakin popular. Kali ni jadi popular kat singapore pulak. Aku bangga jadi kawan Dewangga Sakti

Dewangga Sakti said...

Labuan dekat sahaja!Boleh pergi tu.Gila kaya perbicaraan dkt Labuan?

cohong gym said...

hahaha kaya apa bende nye. Kayap ada la.

Syamsulfaiz said...

Alaaah bicara hari Isnin dan Selasa. Lepak Singapore lepas tu belayar atau terbang ke Labuan.
Mari kita makan Singapore Chilli Crab di Newton Circus. Sllrruupp...

Anonymous said...

uiii...singapore...menarik tu...camne nak join?

cohong gym said...

Mana bole incik, tak sempat aku nak preparekan client aku nanti. Mau kasi ajar apa mau cakap nanti heheheheh

Anonymous said...

aaaaa, seperkara lagi jgn lupa juga untuk melaporkan diri dan jumpa aku dulu samada sebelum atau selepas menyeberang tambak, kena la bayar ufti kat penghulu jb nih hahahah huaaaarrrrggghhh

Anonymous said...

ala cohong, bicara isnin ngan selasa, show kat kota singa sabtu & ahad, kan bole ambik flight ke labuan dari senai airport, kasik adjust la bro......