Wednesday, February 18, 2009

Wah Yun Kua Derhaka!

Makmal telah dirasmikan dengan penuh bergaya minggu lepas. Semua ahli hadir kecuali pemain perkusi, Wah Yun Kua yang memberikan alasan demam hari Valentino Rosta. Sultan yang hadir mencemar duli khabarnya murka kerana beliau tidak hadir tetapi akhirnya akur dengan ketidakhadiran beliau atas surat tunjuk sebab yang diberikan.
Sultan juga ada bertanyakan tentang Tokeyunta yang berada di Dubai berkenaan proses rakaman akan datang.
Makmal terbaru di tingkat paling atas sebuah bangunan baru bersebelahan Masjid As Syakirin, Jalan Gombak. Ya! Berdekatan Pasaraya Ong Tai Kim. Di seberang jalan kelihatan Balai Polis Gombak.
Makmal amat besar dan amat sesuai untuk ujikaji muzik kami. Tetapi hari itu cuaca amat panas dan kipas besar Starbak tidak dapat menampung kepanasan tersebut. Bila tingkap dibuka , bunyi kenderaan bertali arus mengganggu keseronokan eksperimen muzikal yang diadakan.
Beberapa ahli bermain muzik tanpa memakai baju.
Makmal baru ini dibuka dengan latihan lagu Tudung Periuk.
Lebih menarik lagi ,makmal mempunyai dumb bell besar seperti di gim dan beberapa punching bag (ehsan abang ipar PapaMan).
Nota :Ahli-ahli masih menunggu PapaMan menghantar gambar-gambar majlis rasmi tersebut.

3 comments:

kamal sabran said...

wah seronok betul bunyinya, gua tak sabar nak ke makmal lu orang :)

*lagu tudung periuk rwak !

wahyun said...

aiseh...
x rock langsung la sultan gombak...

patik demam betul2, bukan cobaan...

Syamsulfaiz said...

Sempoiiiiii...tak sabar aku nak tengok makmal ujikaji bunyian ini.