Monday, December 31, 2007

Ronggeng di Saloma



Dewangga Sakti mengakhiri kalendar persembahan pada tahun ini di Saloma Bistro. Sebuah majlis perkahwinan paling artistik pernah kami hadiri dan terlibat menjayakan persembahan. Bila pertama kali Datuk Syed Ahmad Jamal dan isterinya bertanyakan jadual kami untuk persembahan, tanpa berlengah lagi kami mengatakan setuju. Tambahan pula anak kedua beliau adalah teman kami ketika di universiti dahulu.
Majlis ini adalah untuk anak sulung beliau(daripada dua beradik) ,Syed Nabil yang bertemu jodoh dengan gadis Inggeris. Syed Nabil ketika ini menetap dan bekerja di UK. Bertepatan dengan status Datuk Syed Ahmad Jamal sebagai Seniman Negara, rekacorak dan hiasan di majlis ini amat artistik. Konsep pentas pelamin yang anggun menerbitkan sinar pelangi yang terhasil daripada gabungan pelbagai warna. Menurut Datuk , corak dan hiasan majlis ini adalah ilhamnya yang berdasarkan keindahan Gunung Ledang,imej yang banyak tampil dalam karya-karya lukisannya yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit harganya.
Seminggu sebelum persembahan ,vokalis utama iaitu Mohsen tidak dapat turut serta atas urusan pertahanan negara di Tasik Pedu. Buntu fikiran kami memikirkannya kerana majlis perkahwinan tanpa penyanyi ibarat makanan tidak cukup rasa.
Tanpa berlengah lagi,aku menelefon seorang sahabat baik sejak zaman kampus. Walaupun biasa menyanyi sejak zaman persekolahan dan banyak membuat rakaman album serta pertunjukan tetapi beliau tidak pernah menyanyikan lagu-lagu tradisional kerana genre nyanyian beliau yang berbeza. Tetapi aku yakin dengan latihan dan bakat yang ada, semua boleh beres. Lagipun,kami mempunyai tukang sebat algojo jika buat kesilapan ketika latihan ( Mr Syamsul). Satu kesilapan bermakna satu sebatan!
Ternyata hanya dengan tiga kali sahaja latihan ,beliau dapat mengikuti rentak orang gila Kesultanan Gombak.
Soundcheck berjalan lancar.Tidak seperti kali pertama kami bermain di sini pada tahun lepas ketika perkahwinan seorang selebriti popular. Pada masa itu soundman tidak memahami dan banyak gangguan teknikal berlaku ketika persembahan.Ketika menyanyi microfon tidak berbunyi. Banyak microfon lain juga ketika itu bermasalah. (Soundman agaknya sibuk memerhatikan selebriti majalah yang datang memperagakan fesyen terbaru ketika majlis tersebut)
Kali ini semuanya lancar. Soundcheck kami lakukan daripada jam 4:30 petang sehingga 6:15petang. Alhamdulillah,Soundman memahami keperluan kami. Selepas solat asar, kami menjamu selera dengan hidangan enak yang disediakan pada jam 6:30 petang. Syamsul makan dengan agak banyak. Norman menjaga perut supaya violinnya berbunyi gemersik (teori baru hubungan perut dan violin). Yang lain-lain makan dengan kadar sederhana supaya tidak mengantuk ketika persembahan.
Jam 8:10 malam kami mula mengadakan persembahan ketika tetamu datang memenuhi dewan. Lagu-lagu instrumental didendangkan.
Ketibaan kedua mempelai disambut meriah dengan cak lempong. Setibanya di pintu masuk dewan, kami mengalunkan selawat yang dimulai oleh petikan gambus.
Ketika makan adalah bahagian paling menggembirakan kerana keseronokan sudah mula terasa. Ya Salam,Dia Datang,Yaladan,zapin Budi dimainkan. Begitu juga lagu wajib ciptaan sendiri Belayar Ke Pulau Jauh. Tidak ketinggalan lagu Aladom. MC kali ini adalah sahabat kami iaitu Fazli Ibrahim yang membaca sajak di dalam bahasa Minang dengan penuh bergaya.
Selepas ucapan daripada bapa pengantin yang agak mencuit hati, kami memainkan lagu Allahyarham Fadzil Ahmad yang pernah digam radio suatu ketika dahulu iaitu Malam Pengantin. Kali ini buat pertama kali,Abdul Raof menyanyi sambil bermain perkusi(darbuka). Menggigil juga mukanya (ha ha). ternyata nyanyiannya tidak mengecewakan. Kami takut juga beliau naik syeikh menyanyikan lagu ini seperti yang terjadi ketika latihan sehinggakan kami terpaksa merenjis air mawar ke muka beliau.Sepuluh jari tangan tabik untuk beliau dengan senikata lagu yang mengusik para hadirin.
Majlis tamat bila ibubapa pengantin mengiringi Menteri Luar,Dato' Seri Syed Hamid Albar pulang bersama isteri, dimeriahkan dengan sebuah lagu joget sukaramai iaitu,Joget Johor Sport Kelab.
Sementara tetamu keluar, kami bermain beberapa lagu lagi ,antaranya Mabok Kepayang(setelah melihat panda steak) dan sebuah lagu baru ciptaan kami berentak joget dan flamenco(kununnya!) bertajuk Joget Spanco Angkasa (tajuk belum muktamad—lagu mengenai keseronokan dapat ke angkasa tetapi minda masih terjajah!).Kami akhiri persembahan dengan lagu yang mencetuskan polemik beberapa bulan yang lalu iaitu Rasa Sayang Eh yang kami mainkan di dalam beberapa key yang berlainan dan dinyanyikan secara sumbang.
Lega rasanya sudah tamat. Rasa penat betul.Bila melihat pelamin yang cantik kami terus mengambil gambar untuk diabadikan.
Jam sudah hampir 12 tengah malam.
Tiba-tiba MC memberitahu ibubapa pengantin meminta kami memainkan lagu secara unplugged di luar dewan khas untuk keluarga dan rakan-rakan seniman mereka. Kelihatan di situ Raja Ahmad Aminullah, U-Wei, Raja Azhar,Dr Zakaria Ali dan ramai lagi.
Kami terus memainkan lagu Joget johor Sport Kelab, Joget Spanco Angkasa dan Zapin Ya Salam. Mereka tidak dapat tahan lagi terus ke depan.Ibubapa pengantin,beberapa teman mereka terus ke depan berjoget dan berzapin. Pasangan pengantin juga turut sama memeriahkannya.Syamsul ingin berjoget tetapi malu-malu kerana takut kemahirannya berjoget diketahui umum.
Terasa kepuasan di hati kedua-dua ibubapa pengantin kerana majlis telah tamat dengan sempurna.
Kami pun gembira dan meraikannya dengan makan di McD ( Selera Makan Benjamin tutup awal pada hari ini)
Lupa mahu beritahu,penyanyi jemputan kami kali ini adalah Sariman daripada kumpulan nasyid(!) Nowseeheart (Man! Nasihat kan lagi senang?he he)
Semua tetamu yg hadir diberikan skrol. Di dalam skrol tersebut terdapat sebuah lukisan Datuk Syed Ahmad Jamal.(Yeah! Boleh framekan!)
Gambar satu: Bersama pengantin
Gambar dua: Sariman menerangkan tentang projek baru yang ingin dicadangkan kepada Syamsul.Syamsul nampaknya kurang bersetuju.Sementara itu, Irwan dengan selamba menghabiskan makanan mereka yang sibuk berbincang
Malam Pengantin
(Lagu dan lirik oleh Fadzil Ahmad)


Memang seronok pengantin baru
Masuk ke kamar kuncikan pintu
(Ulang dua kali)
Orang lah lain tak boleh lah tahu
Hanyalah dia hai saja yang tahu
(Ulang dua kali)

Interlude

Memang seronok pengantin baru
Malam pertama malu-malu
(Ulang dua kali)
Malam kedua padamkan lampu
Malam ketiga hai tak boleh tahu
(Ulang dua kali)

Interlude

Riwayat bujang berakhir sudah
Malam pertama kenangan indah
(Ulang dua kali)
Walau sekejap tak boleh berpisah
Pagi dan petang hai rambutnya basah
(Ulang dua kali)

Interlude

Memang seronok pengantin baru
Bertentang muka malu-malu
(Ulang dua kali)
Lambat rasanya siang berlalu
Menunggu malam hai masuk beradu
(Ulang dua kali)

Tamat

Thursday, December 27, 2007

Isteri Azman keguguran

Pihak Kesultanan mendapat sms dari pemain gitar, Azman yang memberitahu bahawa isterinya keguguran.Malam tadi isteri beliau dimasukkan ke hospital Tawakkal.
Kami mendoakan kesihatan isteri beliau dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.InsyaAllah.

Wednesday, December 26, 2007

Diskriminasi muzik

Adakah muzik mempunyai kelas?
Siapakah yang membahagikan muzik itu kepada kelas-kelas tertentu?
Ceritanya begini...
Sebuah iklan syarikat telefon bimbit/telekomunikasi terkemuka membuat satu papan iklan yang dipasang di stesen LRT Wangsa Maju.
Iklan itu tentang telefon bimbit terbaru syarikat berkenaan yang memaparkan banyak spesifikasi baru dan iklannya berbunyi (lebih kurang begini)...
Lagu dangdut pun boleh jadi sedap!
(Maksudnya dengan menggunakan telefon bimbit ini, lagu yang kurang sedap (seperti genre dangdut) akan menjadi sedap menggunakan mp3 yang ada pada telefon tersebut)
Ini satu penghinaan kepada penggemar muzik dangdut!
Orkes Mesra Benjamin mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan tersebut.
(Pihak kesultanan akan cuba mengambil gambar iklan tersebut jika masih ada)

Ultraman menjajah Chengdu


Jejaka bergaya kesultanan Gombak sedang beraksi bersama Ultraman yang ditemui di tepi jalan bandaraya Chengdu. Replika bukan saiz sebenar Ultraman.
Untuk drbubbles yang menyebut Ultraman di dalam komen berkenaan koto,terimalah ultraman bernama Robert Swee Len dari Chengdu!

Wednesday, December 19, 2007

Salam Aidil Adha


Salam Aidil Adha kepada semua.Maaf!Panda tidak boleh dikorbankan!
Tetapi jika berhajat makan sup panda,sila berkunjung ke Selera Makan Benjamin.
Menu baru selepas Aidil Adha- terubok bakar asam pedas!

Mesk Elil


Ini album ketiga penyanyi kelahiran Algeria, Souad Massi yang diterbitkan pada tahun 2006 dan bertajuk Mesk Elil(Honeysuckle). Dua album sebelum ini adalah Raoui (storyteller) -terbit 2001 dan Deb(heartbroken) -terbit 2003.
Album ini menceriakan hidupku. Pada awalnya setelah dipinjamkan seorang teman,aku tidak ambil peduli sangat. Tetapi menjadi semakin menarik setelah didengar berulang kali.
Bila mendengarnya seakan ada semangat baru dengan percampuran muzik yang pelbagai -dari pengaruh rentak muzik Afrika,flamenco,arab,country,rock dan macam-macam lagi. Walaupun beliau menyanyi di dalam bahasa Arab (slang Algeria) dan mungkin sedikit bahasa Afrika,Perancis dll sedikit pun tidak membantutkan apresiasiku terhadap lagu-lagunya.Bukankah muzik itu berbicara tanpa bahasa?
Seawal lagu pertama sudah terasa keseronokannya.Lagu Mesk Elil yang perlahan membuai perasaan.Kilyoum,lagu kedua pula kedengaran seperti bunyi flamenco.Tiba kepada lagu ketiga keseronokan tidak dapat ditahan lagi kerana inilah lagu paling upbeat dan sesuai untuk menari.Lagu-lagu seterusnya terus membuatkan kita seakan mendengar rintihan dan luahan perasaan yang tulus dari seorang imigran di sebuah negara yang lain.
Lagu kegemaranku di dalam album ini adalah Tell me Why dan Khalouni.
Adakah muzik sebegini akan dapat dihasilkan jika Souad Massi tidak berhijrah ke Paris?

Kelab Panda Nasional

Presiden Kelab Panda Nasional (KEPANA) sedang berehat sambil memikirkan perancangan pembiakan panda untuk belanjawan 2008.
Selain sibuk menguruskan Selera Makan Benjamin,beliau juga bijak membahagikan masa untuk kerja-kerja amal dan sosial.
Mulai Januari 2008,Selera Makan Benjamin akan dimeriahkan oleh kumpulan muzik Orkes Benjamin yang akan memainkan muzik dangdut.

Monday, December 17, 2007

Siapakah nenek ini?


Setiap pagi ketika kami melintasi jalan ini untuk ke tempat persembahan di seberang jalan di Restoran Gingko, kelibat nenek ini pasti kami temui. Dengan tenang dia menjual bunga yang dikaitnya dengan benang. Entah berapa pendapatannya sehari kami tidak dapat mengagak.
Sepanjang dua minggu di Chengdu,susuk tubuh nenek ini menjadi misteri kepada kami. Apa yang pasti, usianya sudah tua.Dia hanya duduk di tepi jalan dan tidak menghiraukan manusia yang lalu lalang.
Terdetik di hati kami ingin berbicara dengan nenek ini. Akhirnya pada hari terakhir kami di situ, kami mendekati nenek itu dan membeli bunga tersebut yang kami simpan ke dalam poket baju.Memang wangi dan kewangian itu berlanjutan hingga kami tiba ke Malaysia. Bunga apa itu? Syamsul mengatakan bunga teratai tetapi teman-teman di pejabat mengatakan bunga cempaka atau tanjung.Mana satu yang betul?(Ada sesiapa yang boleh memberitahu?)
Nenek tua,mungkinkah anakmu sudah berhijrah ke Tibet?

Psikologi banjir

Keluarga pengantin lelaki sudah bersiap sedia hendak berangkat dengan beberapa buah kereta yang akan membawa mereka ke negeri jelapang padi,Kedah Darul Aman. Hujan sudah beberapa hari turun tidak berhenti.Tiada tanda-tanda akan reda. Tetapi janji mesti dikotakan. Majlis yang sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu tidak boleh ditangguh lagi.
Masa dan tarikh sudah ditetapkan. Negeri Kedah menjadi destinasi. Beberapa ratus kilometer mesti diredahi untuk tiba. Bukankah mereka berjanji ‘ lautan api sama direnangi’. Pastinya ini hanya satu cabaran biasa.
Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Semua jalan-jalan yang ingin mereka lalui supaya dapat keluar daripada negeri miskin yang kaya dengan hasil minyak ini ditutup kepada kenderaan kerana air telah melimpah ke jalan raya. Tiada jalan alternatif lagi yang dapat dilalui.
Keluarga pengantin buntu.
Akhirnya satu pelan diambil. Pengantin lelaki dan bapa pengantin akan menaiki kapal terbang untuk ke sana. Sudah tentu rombongan yang lain tidak dapat turut serta kerana tambang kapal terbang bukannya seperti bas ekspress atau perkhidmatan LRT. Mereka juga tidak memohon bantuan daripada kerajaan negeri kerana apa gila ada peruntukan sebegini daripada negeri yang kaya hasil minyak ini.
Setibanya di sana majlis berlangsung seperti dijadualkan. Cakap-cakap kedengaran tentang ketidakhadiran kaum kelurga pengantin lelaki yang lain. Pada fikiran mereka perkara ini adalah tidak logik dan mendatangkan kemusykilan kenapa mereka tidak dapat hadir. Logik akal mereka tidak dapat menerima dengan alasan munasabah pengantin iaitu mereka ini terperangkap dengan banjir.
Beberapa bulan selepas itu,dengan izin Allah SWT, banjir yang amat hebat telah melanda Kedah dan Perlis. Satu banjir berskala besar yang tidak pernah difikirkan oleh mereka dan mungkin sebilangan besarnya tidak pernah berhadapan dengan musibah sebegini seumur hidup mereka.
Mungkin hanya selepas itu, keluarga pengantin perempuan dapat menerima hakikat apa yang berlangsung beberapa bulan sebelum itu.
Mungkin juga mereka dapat memahami psikologi masyarakat yang sudah sejak zaman berzaman menghadapi musim tengkujuh sehinggakan kita sudah menganjurkan Piala Monsun yang pastinya bukan untuk rakyat tempatan.
(Untuk memahami keadaan musim tengkujuh- hujan turun tidak berhenti-henti selama beberapa hari. Seminggu atau hampir sebulan. Ada ketikanya panas seketika dan ibu-ibu bergegas menghantar kain ke jemuran hanya menyaksikan hujan turun semula sepuluh minit kemudian. Di samping itu,atap bocor-bocor dan keadaan rumah dipenuhi air. Makan,berehat dan tidur dipenuhi air.Bagi petani,penoreh getah dan yang seangkatan dengannya tidak dapat melakukan pekerjaan dan mengurangkan punca pendapatan mereka.Itu belum lagi jika dikehendaki berpindah akibat banjir)

Wednesday, December 12, 2007

Souad Massi

Souad Massi: The hard-rocking rebel
Exiled from her native Algeria, Souad Massi's soulful songs fuse flamenco, country – and a little AC/DC.
By Nick Hasted (Independent Online edition)
Published: 30 November 2007
Still the rebel: Singer Souad Massi
When Souad Massi was playing with the Algerian hard-rock band Atakor, at the height of the civil war in the Nineties, she was desperate to let out a young lifetime of frustrations. It took six months for her to follow a friend's advice, and pour out to her authoritarian father everything she thought of him. Finally, her voice was freed.
The results can be heard on the four albums that have made her a star since she moved to Paris in 1999. That voice is a supple instrument of throaty sensuality and multi-layered longing, a vehicle for cultural nostalgia and personal loss. The music is just as distinctive.
Her last studio album, Honeysuckle (2005), switched smoothly between Algerian chaabi, flamenco guitar, and sub-Saharan African and Indian styles. As a girl, Massi obsessively taped flamenco from Spanish radio, and used the Morricone scores from Clint Eastwood Westerns as a pathway to US country and folk. Living on the cusp of North Africa and Europe, she felt closer to AC/DC than the chaabi of her Maghreb roots.
This open mind marked her as an outsider in Algiers' garden suburbs. "It's crazy," she sighs. "Because everyone was listening to Algerian music, chaabi or rai or modern boy-bands or rock. And when I'd listen to Aretha Franklin, or Kenny Rogers, everybody would say, 'What's happening with her? She's mad.' I was listening all the time to AC/DC, too. I was very hungry when I was young. I wanted to scream, and because of this I was listening to hard rock, because it helped me live what I couldn't say. I didn't feel good with my society or my family. I was really introverted and detached from all that, I refused it. So I built my universe with music."
Massi felt stifled by her place as an Algerian girl, too. "In an Arabic country, it's so hard. I refused that mentality. I wasn't searching for freedom to go to a dance; I was searching to be respected like a human. But I understood later that you can be a man or a woman. We all have the same problems."
Atakor backed Massi for her Algerian debut, Souad (1997). But its success, and her forthright views, made her dangerously visible in a civil war between fundamentalist Muslims and a repressive government. "It's bizarre, and very strong. A civil war is very special. It's only just finished, after 12 years. And people are still choking."
Massi attracted death threats with her new-found fame. When she was invited to Paris in 1999, she didn't return home for four years. "I stopped singing in Algeria, and said goodbye to the music, because I had so many troubles," she says. "France was my last try, and I was surprised at my acceptance. But I wasn't free there – no. Freedom isn't so absolute."
In her first months of exile, the repressed tension of her life in Algeria cracked open, then deep nostalgia for everything she'd lost set in. It suffuses her albums, sung with a peculiarly accepting sadness. "We have no choice," she laughs, of her Algerian blues. "When you have nostalgia for your family, your country, your friends, you are sad. But you can live with this."
Does Massi feel like she has no home now? "No. For me, my house is on stage. When I'm not on stage, I feel lost. It's horrible. Because I've had a daughter for two years, and she travels with me. I feel guilty, because it's no life for a baby. And afterwards, you're alone at home. Each time I stop work, I'm sick. Depressed. I understand now why a lot of artists commit suicide. It's very hard to pass from the stage and a lot of people and la-la-la. Afterwards, it's very strange to feel alone. My daughter gives me lots of courage to do this work. She helps me to continue to live."
Massi remains outspoken and socially engaged, discussing democracy with the Algerian diaspora, sometimes in the middle of her gigs. This attitude went down predictably badly in the US recently, when a sharp retort to a customs officer asking if she wanted "to kill our President" earned her 24 hours in jail. "Every time I go to get a visa, they treat me like an animal," she says. "My husband doesn't speak English. And they speak between themselves like he's not human. I ask them, 'Why don't you respect him?' But I know not all Americans are like that."
At 35, Massi is still the rebel who felt her society closing in on her when she was 16. But she is more accepting of where she came from now, even if she can never really return. "I've come back to Arabic culture, African culture," she says. "Because living in Europe, I miss it. I've even tried to sing chaabi, the Maghrebian music of the very old poets who speak about love and nostalgia. Now I'm older, I know it's not culture or history that's the cause of my problems."
Massi's life of conflict and isolation has led to music of such unifying ease, she deserves a little peace of her own.

Tuesday, December 11, 2007

The Jakarta Post -Rahayu Supanggah

Rahayu Supanggah: Exploring gamelan as world music
Features - June 22, 2007
Ubed Abdilah S., Contributor, Surakarta
During a recent visit to the cozy home of Rahayu Supanggah in the suburbs of Surakarta a few dozen meters from the bank of the Solo River, the gamelan composer was busy composing a new score for an upcoming fashion show by renowned designer Anne Avantie.
"This is something new. I feel challenged in presenting the gamelan as an accompaniment to a fashion show that reflects glamour, exclusiveness and entertainment," said 58-year-old Rahayu, born in Boyolali regency and an internationally recognized ethnomusicologist.
"The challenge is that I must make a compromise in the gamelan musicality so that it can be an elegant part of a fashion show without leaving a cheap impression," he added.
While a fashion show is a new area, this is not the first time Rahayu has expanded gamelan music for performances that are neither pure dance nor pure drama.
For example, he composed the gamelan score for the soundtrack of Opera Jawa by noted film director Garin Nugroho.
When creating the gamelan score for the film, Rahayu had to adjust each piece to match scenes in the script. He was thus obliged to compose in accordance with the storyline and the demands of the screenplay.
"A gamelan composition for a dance or drama performance is usually one entity. That's why it poses a problem when a gamelan composition is used for scenes in a film," said Rahayu.
"The challenge is to assemble those pieces so that they constitute an integrated composition that suits the demand of the script and the director."
Meanwhile, his new collaboration with the designer demands that the gamelan composition should suit the swaying movement of the models and the show's theme, derived from the traditional Javanese blouse: Kebaya in Retrospect.
"I am required to create a composition that can accompany illustrations about the development of kebaya, from its origins as the traditional dress of Javanese women to the national dress for Indonesian women following the practice of the wives of presidents and government officials, especially that of president Sukarno," said Rahayu, who earned a doctorate in ethnomusicology from France's Universite de Paris VII.
Rahayu, who is not familiar with popular music, nevertheless admitted that he need to be open to compromise with popular music.
"A fashion show, just like a film, is part of pop culture so I, too, must be open to the elements of pop music. I must make a lot of compromises. And in fact, gamelan is very much open to the influence of any musical genre because of its random nature," he said.
"Javanese music (gamelan) is not regular. It is random, as each instrument has its own distinct sound and its own vibration. However, each instrument has its own rule of balance and this is what makes the gamelan beautiful when it is played."
Although he was born to parents who were both puppet masters (dalang), Rahayu does not force his own children to take up Javanese music, whether gamelan or Javanese songs. Still, his three sons are all involved in activities connected to the arts.
His eldest and second sons are studying cinematography at the Jakarta Arts Institute, and his youngest son is studying communications.
Rahayu has been exploring Javanese music for some 50 years, a journey that began with his studies at the Indonesian Karawitan Conservatory (KOKAR). He then continued his studies at the Surakarta campus of ASKI -- which later became the Indonesian Higher Learning Institute of Art and is now the Indonesian Fine Arts Institute (ISI). Following this, he went to France and to pursue ethnomusicology.
Currently, he is a professor at his alma mater, ISI Surakarta. At the same time, he also collaborates with world music maestros in various performances, from one at the Pura Mangkunegaran Surakarta to a number of shows in Europe, such as in Berlin and at the Ravenna Opera House in Barcelona. He has also performed at the Lincoln Center in the United States, in Australia for the musical I La Galigo, and in Japan.
"My performance schedule for 2007-2008 is full. Next month, I must perform consecutively in New York, London, Holland, Jakarta, Singapore and again New York," he said.
According to Rahayu, his compositions have been performed in 40 countries.
He has also received many requests from around the world for film scores, although he specializes in creating compositions for dance and theatrical performances and choreographic collaborations in various international performances.
He has previously collaborated with world-renowned composers such as Barbara Benary, Peter Brook, Philip Corner, Roda Grauer, Warner Kaegi, Sergio Leonne, Alec Roth, Toshi Tsuchitori and Robert Wilson.
Rahayu said he was greatly flattered when he was invited to join four international maestros in a performance last year to commemorate the 250th death anniversary of W.A. Mozart at the Venice and Vienna film festivals.
Today, Javanese music such as gamelan and karawitan are appreciated by world audiences due to the flexibility and gentleness of the music.
An artistic work is evaluated not only in terms of esthetics, but also benefits, and gamelan has apparently proven beneficial as a form of therapy for people with psychological problems.
"Gamelan music has been used as a means of therapy in a number of countries for many years," said Rahayu.
"In France, gamelan is used as therapy for prison convicts as a mental exercise. While in Japan, gamelan is used as therapy for people lacking in self-confidence. A client receiving this kind of therapy, however, must also (learn to) play the gamelan."
Unfortunately, in its country of birth, local music such as gamelan -- or ethnic music in general -- is yet to enjoy broad public appreciation. This also applies to many indigenous music experts.
"A friend of mine was a self-taught expert in karawitan. He lived a simple life and all his life he did not have a house. However, his musical works are studied by art students at the post-graduate level," Rahayu said.
"In Indonesia, there is an error in the criteria for the national music awards, as the awards are limited to pop music. In fact, great music can be found in traditional music pieces, and these pieces enjoy great appreciation abroad," he said.
Rahayu -- who has often been appointed a judge at international music festivals and has been a steering committee member at various music festivals -- believes that Indonesia's ethnic music, said is part of the driving force behind music development in the world today.
He reached this conclusion after meeting with world music maestros who, he said, "have found inspiration from the various types of ethnic music in Indonesia, for example the music from Flores. If you listen carefully to Flores music, you will find in it rhythms like those of Beethoven and Mozart."
Rahayu's present obsession is to allow more opportunities for indigenous music to reach to the stage, and to set up a forum of ethnic/regional music.
"Indonesian music is extraordinary and must be introduced not only to the public at home, but also overseas," he stressed.
In his spacious home next to a rice field, Rahayu has a music gallery, where a full gamelan orchestra is arranged in a pendopo (traditional open-walled structure).
"This gamelan set can be used by people wishing to learn to play the gamelan, or for a rehearsal. Groups from the neighboring village and from other cities take turns using this gamelan set," he said.
"Sometimes, Indonesian maestros come here just to get together and play gamelan. Usually, on the evening of the last Saturday in the month, expert musicians like Dwiki Dharmawan and Idris Sardi meet here and play gamelan."
As Rahayu has been immersed in Javanese art since childhood, he has an in-depth grasp of the philosophical meaning behind Javanese music. Asked to explain this philosophy, he replied, "Well, you can spend up to 10 years trying to delve into the philosophy of Javanese music."
"Javanese music has a profound meaning. Inferred examples of this profound meaning of gamelan are tolerance, openness, respecting differences and respect for others."
The inference is heard in the music through the way it is played: "There is an irregularity in gamelan, but this irregularity becomes a gentle and balanced nuance when the gamelan is played, just like a soccer team playing solidly thanks to the individual skill of each player."
"Furthermore, you can also train in patience when you play gamelan," he added.

Monday, December 10, 2007

Dari laman web BERNAMA tentang ECER

---Baru terjumpa di laman web BERNAMA
Industri Kraf Akan Dimajukan Di Bawah ECER

KUALA TERENGGANU,26 Oktober (BERNAMA)—Dengan sector pelancongan diberi penekanan untuk dibangunkan dengan lebih pesat di negeri ini di bawah rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), masa depan kraf seperti tenunan songket dan ukiran kayu juga akan menjadi lebih cerah di Terengganu.
Ini kerana keunikan hasil kraf songket mahu pun ukiran kayu Terengganu memang menarik perhatian ramai pelancong ke negeri ini malah pengusaha dan penggiat seni di Terengganu diakui kehebatannya bukan sahaja oleh orang perseorangan tetapi juga kerajaan.
Pengusaha songket terkenal, Zainab Mamat, 65, berharap dengan pelancaran ECER, kerajaan dapat membantu industri songket tempatan kerana pada masa ini, walaupun ia mempunyai keunikannya, mereka menghadapau saingan hebat songket dari Indonesia,Pakistan,India dan Thailand.
Beliau yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Kraf Negara pada 2002 mengharapkan kerajaan terus memberi keutamaan kepada songket sebagai satu daripada warisan negara.
“Memang songket-songket luar ini nampak cantik dan laris kerana harganya murah, tetapi kualitinya tidak standing songket tempatan.
“Jadi saya berharap agar kerajaan dapat mengenakan syarat yang ketat terhadap kemasukan kain-kain songket dari luar untuk dipasarkan di negara ini terutama di Terengganu,” katanya yang mempunyai bengkel pembuatan songket di rumahnya di Kampung Bukit Depu dekat sini.
Zainab yang mewarisi seni tenunan songket daripada neneknya,Kalthom Ibrahim, berkata langkah itu juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri pelancongan dengan membangunkan industri tenunan songket menjadi satu produk terasnya.
Tokoh Kraf Negara 2007,Habibah Zikri, 59, berharap kerajaan dapat menyediakan pelbagai insentif serta memperhebatkan promosi supaya songket bukan sahaja mendapat pasaran di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.
Beliau yang merupakan pelajar terbaik jurusan Senireka Tekstil Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1974, yakin dnegan usaha yang dilakuakn di bawah ECER nanti industri songket tempatan akan terus berkembang dan mendapat pengiktirafan luar.
Hasil rekaannya pernah dijadikan cenderamata untuk Ratu Elizabeth II ketika melawat Malaysia sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada 1989.
Songket ciptaannya juga menjadi hiasan di bangunan Wisma Darul Iman, Andaman Resort di Langkawi, Istana Negara,Istana Tengku Mahkota Pahang dan Istana Sultan Johor.
Sementara itu,penggiat seni muzik tradisional, Zulkifli Ramli, 32, berharap agar pelaksanaan ECER akan dapat mengembalikan semula kegemilangan muzik asli, yang kini kian terpinggir.
Beliau yang merupakan penyelaras Dewangga Sakti, iaitu sebuah kumpulan yang memainkan muzik tradisional, berkata dengan pelancongan menjadi teras rancangan pembangunan ECER,persembahan muzik asli orang Melayu itu akan dapat membantu menarik pelancong.
“Kita berharap kerajaan dapat menyediakan pelan induk yang menyeluruh dalam membangunkan seni budaya orang Melayu ini. Mungkin, muzik tradisional ini dapat diajar di sekolah-sekolah supaya seni dan budaya orang Melayu terus terpelihara.
“Misalnya seperti di Indonesia, pelajar sekolah rendah di sana diajar mengenai muzik tradisional dan apabila mereka dewasa, mereka dapat terus mempersembahkan muzik ini untuk tatapan generasi akan datang,” katanya yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu dan kini bergiat dalam mempersembahkan muzik tradisional di Kuala Lumpur.
Beliau berkata kumpulan Dewangga Sakti pernah mengikuti rombongan Tourism Malaysia untuk “Promosi Makanan dan Budaya Malaysia” sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 ke Taiwan, Jepun dan China.
Sementara itu, Pengarah Perbadanan Kraftangan Negeri Terengganu, Kamarulzaman Mera Hussin ketika dihubungi yakin industri kraf terutama songket, berpotensi untuk terus berkembang apabila ECER dilaksanakan kelak dengan pelbagai langkah akan dilakukan oleh perbadanan itu bagi memastikan produk kraftangan tempatan bermutu tinggi melalui program latihan dan dibantu pemasarannya.
(BERNAMA)
Craftsmen, Entrepreneurs Hail ECER
TERENGGANU, Nov 7 (Bernama) -- Craftsmen and handicraft entrepreneurs in Kelantan and Terengganu are confident the East Coast Economic Region (ECER) tourism push will improve their livelihoods and generate greater awareness of their long overlooked craft work and rich heritage.
According to a statement released by Petroliam Nasional Bhd, the master planner of ECER, here today, entrepreneurs expected the ECER to help promote the region's art and craft and boost revenue.
A Terengganu songket shop owner, Zainab Mamat, said the ECER would invigorate the arts and crafts cottage industry.
"The move to create this corridor is timely and will also help to further commercialise tourism in Kelantan, Terengganu and Pahang," she said.
Industry experts said tourism in the three states wouldget a boost as ECER would create new hospitality facilities to attract more local and foreign tourists.
Under ECER, 32 tourism-related projects and programmes have been identified with an estimated investment value of RM16 billion, generating 40,000 new jobs.
Mohd Zulkifli Ramli, who plays for a traditional music band, Dewangga Sakti, said the ECER would benefit the overall population.
"The ECER will be able to boost tourism as there is tremendous potential in cultural activities in Terengganu like dikir barat, makyong and wayang kulit," he said.
Meanwhile, owner of Tuan Haji Yaacob & Sons Sdn Bhd, a Kelantan-based company that distributes traditional handicrafts and souvenirs, Salahuddin Ismail, said the ECER would benefit the public.
"It will raise awareness of our rich cultural heritage, and thus likely raise the commercial value of the state's traditional handicrafts and souvenirs over the mid to long term," he said.-- BERNAMA
Komen: Kita tunggu sepuluh tahun lagi. Adakah ECER ini hanya mekap plastik sahaja?
--Ada yang tertinggal tidak ditulis iaitu iaitu rodat, gamelan dsbnya.
--Mak yong,wayang kulit banyak terdapat di Besut
--gamelan masih ada di muzium negeri

Wednesday, December 05, 2007

Jiwa terbang bersama koto

Aku mendengar bunyi piano, gitar, violin dan cello di konsert itu. Tetapi semua instrumen ini tidak muncul di atas pentas.Bunyi ini muncul daripada instrumen koto yang dimainkan dengan pelbagai teknik.
Pemuzik koto ini didatangkan khas dari Jepun oleh Japan Foundation Kuala Lumpur. Pemuzik terbaik daripada Sawai Sokyoku-in(Sawai Koto Academy of Music) yang membentuk Sawai Koto Orchestra. Akademi ini ditubuhkan pada tahun 1965 oleh Tadao Sawai dan isterinya Kazue Sawai.Kini ia diketuai oleh anak mereka Hikaru Sawai.
Akademi ini merupakan di antara sekolah muzik koto terbaik dari Jepun dan banyak membuat eksperimen kepada instrumen ini di samping mengekalkan keaslian dan keunikannya. Sekolah ini terbuka kepada jenis muzik baru, teknik permainan yang inovatif dan kepelbagaian bunyi yang dapat disaksikan pada malam tersebut.
Koto merupakan instrumen tradisional Jepun yang asalnya dibawa daripada China 1500 tahun yang lalu.Koto akhirnya dipopularkan oleh komposer/guru Yatsuhashi Kengyo yang merubah permainan koto yang asalnya di istana dan menjadi instrumen rakyat jelata.(instrumen yang mempunyai persamaan dengan koto seperti guzheng-China,gayagem-Korea dan dan tranh-Vietnam).
Koto mempunyai 13 tali dan pada malam itu mereka juga membawa koto 17 tali.Ia dimainkan dengan cara memetik menggunakan ibu jari,jari telunjuk dan jari tengah.Pemetik yang dilekatkan di tangan asalnya menggunakan gading gajah dan sekarang banyak menggunakan plastik yang lebih senang didapati.Panjang koto lebih kurang 180 sentimeter.
Lagu pertama yang mereka persembahkan dan hanya dimainkan secara solo oleh Sawai Kazue adalah lagu klasik koto yang dicipta oleh insan yang bertanggungjawab merevolusikan instrumen ini iaitu Yatsuhashi Kengyo (1614-1685) . Beliau adalah pemain shamisen buta yang mempelajarinya daripada pemuzik istana,Hosui dan menyalahi peraturan melarang koto diajar kepada orang buta (dan wanita). Dengan pengalaman ini,beliau membuat inovasi supaya koto lebih mudah dipelajari secara lebih meluas oleh rakyat kebanyakan. Tajuk lagu pertama ini 'Rokudan' yang bermaksud enam langkah -dibahagikan kepada enam seksyen.Tahun insan genius ini meninggal adalah pada tahun yang sama Johann Sebastian Bach dan George Friedrich Handel dilahirkan.
Lagu kedua 'Genka' menampakkan eksperimen yang dilakukan mereka. Genka bermaksud bermain koto dan menyanyi pada masa yang sama, tetapi lagu ini tiada vokal (seperti juga lagu-lagu lain) dan bahagian nyanyiannya dilakukan oleh koto 17 tali.Pada kali ini,kita akan dapat melihat kepelbagaian bunyi yang dihasilkan oleh koto.Adakalanya berbunyi seperti piano,gitar,violin dsbnya.
Lagu ketiga menampilkan shakuhachi dimainkan oleh Motonaga Hiromu iaitu seruling buluh Jepun yang dimainkan seperti recorder. Saiznya adalah 1.8kaki (lebih kurang 55 sentimeter). Shakuhachi bermaksud 1.8kaki--juga merujuk kepada saiznya.Memang jatuh cinta mendengar alunan shakuhachi ini kerana duetnya bersama Sawai Hikaru (koto 17 tali) sungguh membuai perasaan. 'Dosei' -lagu ketiga ini membawa maksud dua suara berbeza yang datang dari bumi iaitu koto( kayu) dan shakuhachi (buluh). Disebabkan kedua-dua datang daripada latar belakang yang pelbagai (kedua-duanya pernah dan masih bermain dengan kumpulan rock),maka eksperimennya menampakkan kecenderungan mereka yang cuba memecah tembok kreativiti dan terbang bebas bereksperimen. Aku dapat rasakan aura rock n roll di dalam lagu ini.
Selepas berhenti rehat selama 15 minit,mereka kembali dengan lagu keempat. Masih lagi duet koto dan shakuhachi.Koto kali ini dimainkan oleh Sawai Kazue dan shakuhachi masih lagi dimainkan Motonaga.Jogen no Kyoku mengimbau kenangan silam masyarakat Jepun yang terpesona dengan misteri bulan dan bersembahyang ke arahnya.
Bila tiba lagu kelima,aku sudah rasa mahu terbang ke gunung Fuji kerana tiupan shakuhachinya amat menyentuh perasaan.Kali ini shakuhachi diiringi oleh empat orang pemain koto( daripada 10 orang) dan lagu yang dimainkan adalah lagu P Ramlee iaitu Dimanakan kucari ganti serta Getaran Jiwa.Ahh! Terasa melayang-layang terbang ke suralaya.Pening kepala terasa sembuh.Kulihat Norman di sebelahku ternganga mulutnya dan dimasuki roti(bukan lalat).Sungguh hebat.
Dan lagu terakhir 'Futatsu no Gun no Tameni' adalah sebenar-benar eksperimen yang menakjubkan.Mereka mempelbagaikan teknik dan menghasilkan lagu yang unik.Tidak tahu apa lagi mahu kukatakan!
Sepuluh jari tangan untuk mereka!
Setelah selesai,MC mempersilakan penonton untuk ke pentas merasai sendiri cara bermain koto.Kami tidak melepaskan peluang dan bertemu Motonaga dan Sawai Hikaru. Motonaga juga memberikan penerangan tentang shakuhachi dan cara-cara bermainnya.Mereka betul-betul pemuzik yang merendah diri dan gemar berkongsi ilmu.
Kerana tidak tahan dengan persembahan ini,kami datang semula keesokan harinya.Kali ini aku membawa isteri dan anakku yang menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama (sebagai hadiah 'birthday'.Moga selepas ini dia akan bermain piano).
Satu lagi fakta - persembahan ini PERCUMA!

Monday, December 03, 2007

jalan raya di tanahairku yang indah

Menjelang sambutan hari natal tahun lepas, ketika memandu sendirian pulang ke kuala pilah dan melalui track jalan bukit putus (dan sambung) yang mencabar, tayar keretaku telah pecah di selekoh pertama setelah melepasi bukit putus. Puncanya adalah lubang yang terlalu banyak di sepanjang jalan tersebut. Tidak silap perkiraanku setiap 10 meter terdapat lubang yang kecil dan besar di kiri kanan jalan. Dengan lampu jalan yang sederhana dan tidak membantu, aku rasakan keretaku sudah senget ke sebelah kiri.Di depan dan belakangku tiada kereta.
Malam itu bukan malam jumaat. Dan jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.Mahu berhenti di tepi ,ruang tepi jalan terlalu sempit dan aku mungkin dilanggar kereta lain. Jadi aku menggagahkan diri memandu dengan kadar kelajuan 30-40km/sejam sehingga melepasi jalan merbahaya ini sehingga sampai ke pekan kecil kuala pilah. Lagipun mahu berhenti di bukit putus, terasa mistik pula.Nasib baik rim tayar tidak bengkok.
Ketika itu negara dikejutkan dengan banjir di Johor dan beberapa tempat di tanahair tercinta ini. Kawasan Negeri Sembilan tidak terkecuali. Inilah punca lubang-lubang ini terjadi.
Pemimpin tertinggi negara diberitakan sedang bercuti di Australia.
Beberapa bulan lepas, Mohsen juga mengalami keadaan pelik bila memandu kerana di satu jalan di Pahang ,keretanya berpusing dan melanggar pembahagi jalan. Kerosakannya boleh tahan.Nasib baik beliau tidak cedera. Mengikut pendapat orang ramai, jalan raya itu mungkin ditabur minyak. Mungkin juga struktur jalan raya itu sendiri.
Nah! Hari ini ibu kepada jejaka kelahiran Gombak,Norman mengalami kemalangan di Jalan Gombak yang terkenal sebagai jalan yang tidak pernah siap dan penuh lubang serta merbahaya untuk pemanduan. Ibu beliau mengalami kemalangan kerana terlanggar lubang dan ketika entri ini ditulis ada kemungkinan patah tangan.
Jalan raya di tanahairku ini tidak pernah siap. Sebagai contoh,projek jalan raya di negeri kelahiranku Terengganu sedang rancak dijalankan setelah tertangguh bertahun-tahun kerana perbezaan ideologi politik.
Aku dapat rasakan jalan raya akan pulih seketika bila pilihan raya menjelma. Pulih seketika sahaja. Mungkin bahan yang digunakan kurang bermutu.Mungkin juga kenderaan di Malaysia ini terlalu berat seperti kereta kebal.
Bolehkah kita menuntut gantirugi jika kita menghadapi masalah di jalan raya?
Ya!Betul,kita mesti berhati-hati di jalan raya! Tetapi jika jalan raya pun banyak masalahnya, macam mana?
tanahairku...

Monday, November 26, 2007

Pengaruh radio

Jumaat lepas ketika memandu pada jam 11.15 malam,radio kubuka untuk mencari saluran Klasik Nasional. Sedang asyik memandu dan melaras stesyen,tiba-tiba kedengaran lagu yang amat kukenali berkumandang.Aku terkejut! Lagu gamelan di dalam radio!Lagu klasik ayak ayak yang dimainkan oleh kumpulan Rhthym in Bronze dan diterbitkan di dalam album pertama mereka pada tahun 2001.
Ini sudah bagus.
Aku berhenti di Al Makan (Selera Makan Benjamin ditutup pada malam ini kerana bos sedang melayan bayi yang baru lahir) untuk bertemu Norman.
Tidak lama kemudian setelah minum dan menyatakan kekaguman kami tentang Syamsul,aku memandu lagi untuk mengambil isteri di acara makan malam syarikatnya di KL. Radio seperti biasa dibuka dengan siaran stesyen yang sama.
Masa itu jam sudah 11:50malam.Sekali lagi aku hairan.Lagu gamelan lagi dan daripada kumpulan yang sama.Tidak lama kemudian lagu terakhir ke udara.Lagu yang amat kuminati dan tajuknya berdasarkan puisi seniman Latif Mohidin.Lagu ini dinyanyikan oleh Adibah Noor.
Fuh!Maknanya sudah hampir sejam dan semuanya lagu gamelan.Di antara pertukaran lagu,juruhebah berbicara tentang lagu dan aku memahami daripada percakapannya menyatakan Sunetra Fernando,gamelan,rhythm in Bronze dan Five Arts Centre.Itu sahaja yang aku faham!
Stesyen radio apa ini?
Jangan terkejut.Ini adalah stesyen berbahasa cina RTM,iaitu AI FM(Itu pasal lah aku tak faham!)
Bila agaknya kita mahu mendengar radio selebriti /swasta seperti ERA,Hot yang dapat memenuhkan sedikit slot mereka dengan lagu-lagu tradisional?Katakan hanya satu jam sahaja seminggu menyorot cerita tentang lagu tradisional kita yang pelbagai bentuk.
Tidak dinafikan pengaruh radio kepada masyarakat.Dengan pengisian bahan dan topik yang membina minda dapat meningkatkan keupayaan kita sebagai bangsa ang(ka)sa!Tidak lah nanti dikata orang bangunan sahaja tinggi!

Thursday, November 22, 2007

Tahniah Syamsul

Tahniah kepada pemain bass,En Syamsul kerana isterinya telah selamat melahirkan bayi pertama mereka.Ya! Bayi lelaki seperti yang diwarwarkan sebelum ini. Pihak kesultanan telah menelefon beliau tadi dan beliau sungguh gembira dan akan menghantar gambar-gambar bayinya.
"Muka dia macam mak dia",beritahu Syamsul.
Tapi kami sedikit kecewa kerana nama yang dicadangkan oleh anggota kumpulan -Benjamin atau Bunyamin- tidak akan diambil kira.Tetapi sebagai mengambil hati anggota kumpulan kita boleh memanggil nama anaknya sebagai @Benjamin lah.Itu kata dia.

Mabok Qawwali di Filharmonik

Light Of My Life / Sayyedo-Sarwer Muhammed
Muhammad (Peace Be Upon Him) is my leader and light of my life. He is the best to mediate for us on the day of judgement.
O, God (Allah) if you really need to judge my deeds then let it not be before the prophet Muhammad (Peace Be Upon Him).
Our relationship is like that of a king and his loyal subject.
You are generous where I am mean. You have shown me forgiveness despite my repeated sins.
The saints are true friends of God (Allah) therefore they should be regarded as indifferent.
Although I am unaccomplished, I am proud to be a beggar on your doorstep.
He who does not see the path of God (Allah) and saint as one is not a true disciple.
Rumi did not become a great scholar until he became disciple of saint Shamas-Tabreez.

A song written in Persian by Maulana Rum (known as Rumi) in praise of the prophet Muhammad (pbuh*).
(Lagu daripada album terbaru Rizwan-Muazzam Qawwali yang diterbitkan RealWorld)

Malam tadi kurasakan diriku telah disembuhkan. Seperti sakit angin, akhirnya malam tadi angin itu telah pergi. Magis telah terhasil tatkala mendengar muzik qawwali dendangan Rizwan-Muazzam Qawwali di Dewan Filharmonik Petronas. Konsert ini adalah tribute kepada ikon qawwali terhebat abad lepas(dan di tahun-tahun mendatang) iaitu Nusrat Fateh Ali Khan yang meninggal dunia sepuluh tahun lalu.
Rizwan dan Muazzam bukan orang lain.Mereka berdua anak saudara kepada Nusrat. Walaupun berumur di pertengahan 20an tetapi keupayaan dan kemampuan mereka membuktikan bahawasanya qawwali menjadi makanan kerohanian mereka sejak berabad lamanya yang diwarisi mereka sejak lima abad lalu daripada nenek moyang mereka.
Qawwali sejenis muzik sufi yang asalnya dikembangkan daripada sema Jalaludin Rumi dan dibawa ke wilayah India. Tetapi bentuk qawwali yang kita kenali sekarang diasaskan oleh Amir Khusrau pada kurun ke 13.
Bentuk muziknya mementingkan kekuatan vocal yang hebat (biasanya di dalam bahasa Urdhu,Punjabi dan,Parsi) Sesebuah lagu akan dimulakan oleh harmonium,tabla dan seterusnya vocal. Seperti di dalam ensemble ini,Rizwan dan Muazzam merupakan penyanyi utama dan diiringi oleh seorang penyanyi lagi, 4 penyanyi chorus,2 harmonium (yang juga menyanyi) dan seorang pemain tabla.
Nah! Bila sahaja harmonium diadunkan dengan tabla, keseronokan sudah dapat dirasai. Bila sahaja vocal bergema dengan nyanyian bersahut-sahutan di antara satu sama lain, terasa diri diangkat ke alam lain.
Semasa interval-rehat lima belas minit untuk persembahan di bahagian kedua sempat bertemu dengan penulis tersohor, Faisal Tehrani di luar dewan. Kelihatan penerbit bukunya pun berada di situ menonton persembahan. Sempat juga berbual dengan Tarmizi atau T:Zi (penyanyi,penerbit album,kumpulan Sirrfillsirr,Banjir) dari Singapura yang sempat kutemui di luar dewan.
Dan sahabatku ,Is aka drbubbles pun ada menonton setelah tidak senang hati petang itu di Kinokuniya kerana menyedari kemabokan maksima daripada muzik ini.
‘Malam ini kita mabok lagi di Filharmonik’,itulah panggilan telefon daripadanya pada jam 7 malam setelah tidak dapat menahan diri daripada membeli tiket. Ha ha
Aku menonton bersama isteri dan juga Hafezin,pegawai muda pelencongan yang segak bergaya.
Ternyata malam tadi menyaksikan bahawa nilai cinta yang ditawrkan di dalam lagu-lagunya menjadi penghubung manusia pelbagai agama dan bangsa. Terdapat mat saleh, India,Cina,Melayu,Punjabi menyaksikan konsert ini.
Meskipun lagunya berkisarkan tentang Islam dan memuji Nabi Muhammad dan ahlul bayt, khalayak tidak melihatnya sebagai satu tembok pemisah dan mereka bersama-sama bergembira dan menghayati satu muzik yang amat tinggi nilai seni dan spiritualnya(Moga kita semua beroleh manfaatnya)
Tepat seperti kata seniman Negara,Syed Ahmad Jamal ketika bertemu di luar dewan, “muziknya transcendental!”.
Diskografi album Rizwan-Muazzam – Sacrifice to Love (1999),A Better Destiny(2001) dan Day of Colours(2004)
Nota: Ketika menulis entri aku mendengar lagu dendangan Nusrat di dalam muzik runut bunyi ‘Dead Man Walking’

Wednesday, November 21, 2007

Main Catur lah!

Tahun 2002.
Ketika itu aku sudah hampir dua tahun menamatkan pengajian universiti. Dewangga Sakti dijemput (bukan dijemput sebenarnya tetapi menjadikannya sebagai tradisi) membuat persembahan di bawah program gerila yang dinamakan Malam Nur Akar yang dimulakan setahun sebelumnya.Ya! Program ini sebenarnya dikendalikan oleh teman-teman di dalam kumpulan sendiri dan merayakan kepelbagaian muzik selain nasyid di kampus. Kononnya menghidangkan satu alternatif baru kepada masyarakat kampus akan adanya muzik selain nasyid yang sah diperlakukan dengan halal di kampus kami berhampiran Sungai Pusu.
Kali ini program ini sudah menjadi edisi ketiga jika tidak silap dan menjadi program dengan biayaan paling kecil dan minima.Kebanyakan props,flyers dan belanjawan dikeluarkan sendiri oleh AJK dan tidak mendapat dokongan yang kuat daripada pihak berwajib.Ini kerana gitar masih haram di sini (pada masa itulah).
Pada masa itu antara kumpulan yang membuat persembahan adalah kumpulan Angklung Malam,gamelan dan deklamasi puisi serta tarian gelek(sebenarnya tidak!he!he!).
Tempat persembahan adalah di depan Moot Court,Kuliyyah Undang Undang.
Program tamat tanpa kekacauan atau tunjuk perasaan pada jam 11 malam.Kami menamatkannya dengan penuh keseronokan dan perasaan keangkasaan.
Tiba-tiba kami didatangi oleh seorang pengawal keselamatan yang katanya menerima aduan tentang kebisingan yang dihasilkan di situ.Entah siapa yang membuat aduan kami tidak tahu.
Kami sedang makan ketika itu dan program telah selesai.
Tiba-tiba penasihat kami dan pegawai unit kebudayaan,Bung Faisal memecahkan kesunyian," Kalau tidak mahu bising,main catur lah!"
He he
(Betul juga kata Bung tu.Selepas itu kami pun bermain catur sehingga waktu Subuh bersama pakcik guard!)

Tuesday, November 20, 2007

Lambaian Pohon Kelapa


Jikalau abang merindu
Sebutlah oh namaku
Lihatlah di bulan biru
Di sana tentulah bertemu
(Lagu Jikalau abang Merindu- Asiah)

Wow! Lagu-lagu ini amat fantastik! Bisa bikin hati girang.Hilang duka dan terasa ingin berdansa. Ini satu mutiara yang tersimpan nun jauh hanya di dalam piring hitam dan hanya boleh didengar di Radio Klasik Nasional (atau mungkin sesekali di siaran radio yang lain).

Amboi nona jangan lah marah
Janganlah masam muka
Kalau nona senyum ketawa
Sungguh manis dipandang mata
(Lagu Jangan Marah- Jasni)

Tetapi jangan cepat berasa sedih. Lagu-lagu ini telah disalin daripada piring hitam ke cakera padat(CD) dan dijual di Flea Market,Amcorp Mall. CD yang dibeli kami ini (Syamsul sebenarnya) adalah daripada salinan piring hitam bertajuk Lambaian Pohon Kelapa (Swaying Malayan Palm) dan mengandungi sepuluh buah lagu yang amat catchy dan membuai kalbu. Oh! Seronoknya!

CD ini menampilkan dendangan primadona Asiah dan Jasni. Pasangan yang menarik dan mempesonakan.

Eh dia tengok kita
Eh Dia main mata
Aduh mak senyum lagi
Amboi nona manis sekali
(Lagu Putri Remaja dendangan Jasni)

Piring hitam ini dirakam dan diterbitkan oleh The Gramophone Company Ltd di dalam bentuk LP (Long Play) dan tertera dibawahnya Singapore –Kuala Lumpur –Penang. Lagu-lagunya seperti berikut Jikalau Abang Merindu,Mengapakah Laguku,Kampong Nelayan,Meo meo, Chinta sama Chinta,Nak Dara Jelita,Menari Calypso,Jangan Marah,Putri Remaja dan Tari Bunga Rampai.
Untuk pencinta kucing seperti Syamsul adalah sesuai mendengar lagu bertajuk Meo Meo dengan bunyi kucing di permulaan lagu dan menceritakan tentang gelagat seekor kucing. Sungguh menarik sekali senikatanya dan jikalau ada seekor kucing mendengar pasti dia akan mengiau-ngiau dan akan menari cha cha.
Lagu-lagu di dalam CD ini banyak mempunyai pengaruh jazz,latin,cha-cha,mambo, dan lain-lain lagi. Tidak ada bunyi rentak lagu tradisional di dalamnya. Apa yang membezakannya adalah corak dan alunan penyampaian vocal mereka mempunyai nuansa Melayu yang kuat. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan mereka berjaya membuatkan corak muzik di atas begitu dekat dengan hati kita. Misalnya Tari Bunga Rampai yang menjadi lagu wajib ketika majlis keramaian dan perkahwinan boleh dibawa di dalam irama inang dengan penuh bergaya.
Ini sebenarnya menjadi latar banyak lagu-lagu P Ramlee dan lagu-lagu di tahun 40 dan 50an. Jadi tidak benarlah orang Malaysia tidak dekat dengan muzik jazz atau latin kerana sejak sebelum Merdeka ,mereka telah didedahkan dengan muzik sebegini. Malah muzik Seniman Agung P Ramlee juga lebih banyak latar muzik begini daripada muzik asli Melayu yang biasa kita fahami.

Tabik kepada bangsa angkasa!Kami akhiri dengan lagu Tari Bunga Rampai.

Tari Bunga Rampai

Music by : Yusoff B
Lyric by : S. Sudarmaji
Singer : Jasni (1959), Gaya Zakry (1982), Faridah M. Amin (80’s)
Salam kita mulakan
Bunga rampai mari taburkan
Agar tari menari rancak gembira dan berseri
Andai seni budi budaya kita asli bermutu tinggi

Bunga rampai ditabur-tabur
Hati longlai jadi terhibur(2x)

Rampai sibunga rampai
Direnjis mawar harum wangi
Tari lemah gemalai agar majlis nampak berseri
Lenggang gaya melenggang sungguh cantik ia menari

Bunga rampai harum berbau
Biar lerai hati yang rindu(2x)
Salam kita mulakan
Bunga rampai mari taburkan
Agar tari menari rancak gembira dan berseri
Andai seni budi budaya kita asli bermutu tinggi

Bunga rampai ditabur-tabur
Hati longlai jadi terhibur
Bunga rampai harum berbau
Biar lerai hati yang rindu

Thursday, November 15, 2007

Kuasa Gila Kuasa Ang(ka)sa

Kuasa milik sementara
Kuasa membinasa
Kuasa tak tertahan kita
Kuasa ada batasnya

Gila kuasa
Memperkosa budaya
Bikin hati gundah gulana
Hilang seri cahaya kota

Tiba masanya
semua akan binasa
kecuali Dia
(kerja di dalam pembikinan)

Wednesday, November 14, 2007

Selera Makan Benjamin

Hari Jumaat dua minggu lepas,aku telah dihubungi oleh Norman.Dalam nada kekaguman beliau memberitahu,"Eh!Itu raja lawak bangsa angkasa sudah buka kedai makan yang hip dan trendy"
"Apa benda hip dan trendy tu?"
"Dia sudah buka kedai makan Selera Makan Benjamin,"jawab Norman sambil menambah lagi," Fuyoh!Mi kolok dia memang menyelerakan!"
Kami berdua dengan tidak mempedulikan bangsa angkasa lain telah berkunjung ke kedai yang dimaksudkan dan kebetulan beliau sedang membuat air bandung (yang tidak ada pun di Bandung,Indonesia) yang boleh diisi semula oleh pelanggan sebanyak mana yang disukai.
Nun di sudut khas sebelah kiri kedai tersusun sebuah rak buku mengambil inspirasi Kafe Bookworms di Chengdu. Jumlah buku yang didermakan teman-teman sudah berjumlah 666 buah dan akan bertambah dari semasa ke semasa.
Patutlah beliau sentiasa tersenyum sejak kebelakangan ini.Disamping menyambut orang baru iaitu cahayamata pertama yang dijangka lahir minggu hadapan,beliau masih lagi sempat menambah pendapatan dan memberikan inspirasi kepada bangsa angkasa (dan bumi) yang lain.
"Apa menu yang menarik di sini?"
"Sini macam-macam ada! Mi kolok Sarawak (kerana isterinya berasal dari Sarawak), nasi dagang(kerana desakan kawannya), mi bandung, nasi lemak Klang Gate dan macam-macam lagi lah!"
Kami tertarik mencuba nasi lemak Klang Gate.Ternyata nasi ini memenuhi resepi yang kami idamkan.Lemak dan sambalnya membuatkan kami menambah sehingga lima pinggan setiap seorang!
Harganya? Di sini tidak ada harga,kata empunya kedai,"Pelanggan boleh membayar berapa sahaja harga!"
Kami berlalu pergi setelah mengenakan kopi latte dipadankan dengan aiskrim Haagen Dazs.Sungguh enak,hingga lupa kunci kereta tertinggal di atas meja.
bersambung....

Tuesday, November 13, 2007

Meneroka ruang (angkasa)

Selamat datang ke angkasa!Kapsul anda akan meletup sebentar nanti.Pastikan anda menukar pakaian bumi anda kepada pakaian yang menyerupai ang(ka)sa!
Anda sudah memasuki titik tanpa jalan keluar! Pastikan anda membawa peralatan secukupnya dan buku untuk anda membaca ketika berjalan-jalan di permukaan planet baru anda!
--------((==@*%#---------
Ketika ramai sedang sibuk menonton tv dan bersantai sambil memikirkan adakah minyak akan naik pada awal tahun hadapan,bangsa angkasa akhirnya berjaya merakamkan trek vokal untuk dua lagu pada hari minggu yang lalu. Dua lagu tersebut adalah Selembar Kaseh (Planetku) dan Kembali Menchari (Bumi).Lagu-lagu ini sudah melalui proses akhir -kemasukan instrumen sudah hampir siap dikerjakan dua bulan lalu. Jika tidak ada aral melintang ,lagu-lagu ini akan diadun(mix) dalam masa terdekat ini bersama sebuah lagi lagu yang sudah 95 peratus siap iaitu Belayar ke Pulau Jauh (untuk mencipta rekod dunia).
Jika kita menonton filem-filem futuristik, makhluk asing digambarkan terlalu serius tetapi bangsa angkasa memenuhi masa mereka di studio PurpleSound dengan penuh lawak jenaka. Keadaan studio yang kecil tidak menyempitkan ruang imajinasi mereka kerana fikiran mereka telah keluar daripada planet bumi. Mereka bergurau senda ,berjenaka seolah-olah studio rakaman itu mereka yang punya!
Nasib baik tuan punya studio, En Arif yang bijaksana dapat memahami lawak mereka. Tidaklah seperti kata orang tua-tua,lawak tidak bagus ketawa sahaja yang lebih!Seperti biasa, raja lawak kumpulan menyumbangkan banyak idea lawak spontan. Peribadinya tidak lawak tetapi situasi yang memerangkapnya begitu.

Monday, November 12, 2007

Bangsa Angkasa

Akhirnya kami menjadi bangsa angkasa! Atau mungkin juga bangsa yang terawang-awangan di ruang udara Kuala Lumpur. Perasaan ini datang setelah kami selesai membuat persembahan sempena majlis makan malam Japanese Association of Travel Agents (JATA) yang diadakan di Dulang Suite ,Malaysia Petroleum Club, Tingkat 42, Menara Berkembar Petronas. Kami hadir di atas undangan Pelancongan Malaysia minggu lepas.
Sambil memerhatikan keadaan pembangunan ibukota yang berselerak dan tidak tersusun daripada udara, kami merasa amat bertuah kerana akhirnya kami mencapai cita-cita menjadi bangsa angkasa (jika tidak pasti dengan perkataan bangsa angkasa ini,sila rujuk media massa dalam tempoh seminggu kebelangan ini).
Nasi goreng yang dihidangkan kepada kami hanya biasa biasa sahaja.Masih tidak mampu menandingi keenakan nasi goreng di Selera Makan Benjamin (cerita tentang kedai makan ini di entri akan datang). Tetapi dengan makan di tingkat 42 dan sudah berada terawang-awangan di angkasa menjadikan keenakannya perkara subjektif sahaja.Apa yang lebih penting kami sudah menjadi bangsa angkasa. Cuma kapsul sahaja belum kami lihat.

Friday, November 09, 2007

Pameran lukisan Amir Zainorin





Amir Zainorin's pictures defy any attempt to put any tag on them. Are they pop art? Indeed, but not only!- Are they paintings, or collages, or assemblages? Yes, all the same time! plus a lot more. Amir Zainorin's special technicques, working in part figuratively with torn bits of coloured paper and lateral reversions of text, endow the pictures with a magic poesy; thus they can also be regarded as poetry in a certain sense, resulting in an enigmatic mood flashing towards the spectators. The artist was born and grew up in malaysia. His art is international. The art of amir zainorin is like the artist himself- deeply present, with a warm twinkle in the eye.
Ole Lillelund - Mudisland, January 2004
In his artworks, Amir Zainorin explores the relationship between art, politik and power. In a still more globalized world, we are under the influence of the mass media. With motives 'painted' with torn bits of paper, Amir invites us to reflect upon the world represented by the mass media and our own role in it.
Pia Lund Poulsen, June 2005

Pameran lukisan Amir Zainorin sedang berlangsung di Galeri Pelita Hati, Bangsar Utama bermula minggu lepas 30hb Oktober sehingga 24 November (no 22,Jalan Abdullah,Off Jalan Bangsar,59000 KL). Hari Jumaat 9hb,Dewangga Sakti telah membuat persembahan sempena perasmian pameran tersebut pada jam 8 malam. Kami juga bergabung dengan koreografer/penari Aida Redza dengan mengiringi tarian Aida di ruang luar galeri.Tariannya begitu eksperimental.Aida pernah kami tonton ketika konsert Mohram di Istana Budaya pada tahun 2003.Ketika itu beliau menjadi koreografer untuk tarian di dalam konsert tersebut.
Amir merupakan pelukis Malaysia yang sudah beberapa tahun berkarya dan tinggal di Denmark. Dia kukenali melalui rakanku,Fazli di awal tahun 2005 beberapa bulan selepas tragedi tsunami. Aku masih ingat ketika itu hari Sabtu di Laman Seni,Balai Seni Lukis Negara.Aku mendapat telefon daripada Fazli supaya bertemunya di kafe.
Di situlah perkenalanku dengan Amir. Tidak kusangka beliau anak kepada penyanyi ghazal terkenal,Zainorin Mohd Dom yang terkenal dengan lagu Ala Emak kahwinkan aku. Menurut Uncle Fadzil Ahmad,Zainorin Mohd Dom boleh menyanyi di dalam dua majlis dalam satu malam.Selepas habis di kampung ini,dia bergegas ke kampung yang lain.Ini betul-betul hebat!
Setelah itu kukhabarkan kepada Fadzil Ahmad yang mesra kupanggil uncle sahaja tentang Amir ini. Beliau amat teruja ingin bertemu setelah kuberitahu bahawa Amir ingin melawatnya di rumah. Anak kawan lamalah katakan.Mereka dahulu di dalam kumpulan Ghazal Sri Maharani ketika uncle masih di Muar,Johor.
Kami mengatur pertemuan untuk bertemu di rumah uncle di Keramat dan rupa-rupanya beberapa hari sebelum itu Fadzil Ahmad mendapat petanda dan firasat bahawasanya ada orang jauh ingin bertandang. Beliau berpakaian kemas seolah-olah ingin ke majlis.
Banyak betul perkara yang diperbualkan.Ini kerana uncle merasa amat gembira bertemu Amir. Cerita-cerita dahulu dibongkar kembali. Amir banyak bertanya tentang kehidupan ayahnya ketika itu dan apakah perkaitan di antara senikata lagu dan kehidupan mereka. Adakah ianya berkait?
Malangnya tidak banyak yang kita ketahui tentang Zainorin Mohd Dom yang boleh dikira sebagai lagenda di dalam dunia ghazal terutamanya di Johor.
keterangan gambar- Amir Zainorin (kiri) bersama Raja Gambus Fadzil Ahmad (2005) dan gambar-gambar sekitar persembahan

Monday, November 05, 2007

Blog baru

Ini blog baru seorang teman ,Jamizal namanya (http://jamizalzainol.wordpress.com). Ada catatan baru tentang kembaranya ke Sepanyol pada tahun lepas yang kurasakan amat menarik. Aku sedang tunggu banyak lagi catatan tentang Sepanyol itu kerana cita-citaku sejak lama dulu ingin ke sana menjejak peninggalan satu tamadun agung.Dan juga menjejaki Ziryab di celah-celah fellah mengu!Mencari skala-skala(maqamat) yang ditinggalkan Ziryab dan dikembangkan menjadi flamenco oleh Moriskos.
Untuk Jatt,teruskan menulis.Kudoakan kau dilimpahi rezeki yang banyak dan dapat membelikan aku beberapa buku di Kinokuniya.

Monday, October 29, 2007

Travelog Haji-Mengubah Sempadan Iman

Nah! Inilah travelog haji terbaik pernah ditulis di Malaysia. Tidak pernah kuingat ada penulis lain di Malaysia yang melakarkan pengalamannya menunaikan haji ke dalam buku . Jika ada pun cerita-cerita lisan yang ditulis di dalam majalah ataupun cerita-cerita yang dikumpulkan ke dalam buku.
Buku ini ditulis oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim dari UiTM dan penceritaannya amat mengesankan. Cara beliau menulis memberikan pembaca meneroka dunia sebenar yang dilalui bermula sebelum menunaikan haji,ketika haji dan semasa kembali dari Tanah Suci itu.
Buku ini sesuai dibaca untuk sesiapa sahaja. Bukan sahaja kepada mereka yang sudah ke sana tetapi juga kepada mereka yang bercita-cita ke sana.
Terima kasih kepada temanku,Iskandar aka drbubbles yang menghadiahkan buku ini kepadaku.Kudoakan agar beliau dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dapat melamar FS yang diidam-idamkannya ketika hari raya yang lalu.
Jangan lupa beli buku ini!

Thursday, October 18, 2007

Adab pemuzik

Ada sebuah catatan menarik tentang pemuzik dan instrumen muzik di blog teman kami http://gemalakasturie.blogspot.com

Hari kemenangan pasti tiba

Banyak program hari raya di televisyen adalah pre-recorded.Dirakam dahulu dan bukannya live! Maksudnya mereka perlu mewujudkan dahulu suasana hari raya itu ketika membuat rakaman program.Ada ketikanya mungkin ketika sedang berpuasa (atau dirakam ketika waktu malam) dan diwujudkan suasana bergembira makan-makan seolah-olah sedang menikmati keindahan Syawal.
Ahh! Banyak lagi program lain dirakam dahulu.Ini prosedur mereka.
Tapi bayangkan begini : lagu Suasana Hari Raya bermula dengan senikata 'Berlalulah sudah ramadhan,sebulan berpuasa..' dan dinyanyikan ketika sedang lapar berpuasa. Mesti penyanyi terasa hipokrit menyanyi kerana puasa belum habis,sudah mahu raya.ha ha ha
Sebenarnya kegembiraan sebenar adalah menunaikan ibadah puasa dan ibadah lain di bulan Ramadhan.Bila Syawal menjelma dapat pula menunaikan solat sunat Aidilfitri.Kemudian kita digalakkan kunjung mengunjung sanak keluarga dan jiran tetangga sambil bermaaf-maafan.
Dapatkah kita membawa semangat ini sepanjang masa?

Tuesday, October 16, 2007

Salam Lebaran

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT.Dengan limpah kurniaNya dapat kita menyambut Hari lebaran dengan tenang tanpa bencana alam atau peperangan. Walaupun begitu,jangan dilupakan insan yang kurang bernasib baik di tanahair kita.Ketahuilah setelah setengah abad kita merdeka,jurang kemiskinan masih lagi tinggi.Jika kita menukar baju raya dan makan kuih buat yang dibeli,masih ada lagi yang tidak mampu akan semua itu.
Oh ya! Program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 semalam berjalan lancar.Kami tiba seawal 9:30 pagi untuk melakukan 'sound check' dan rehearsal. Kami diminta mengiringi Amylea (AF3) untuk dua lagu iaitu Suasana Riang di Hari Raya (Junainah M Amin) dan Pulang di Hari Raya (Noor Kumala Sari).Selain itu slot kami untuk persembahan sebelum iklan (suasana Hari Raya) dan lagu Selamat Hari Raya (Ahmad Jais).Permintaan awal untuk lagu penghujung program yang akan dinyanyikan beramai-ramai adalah lagu Saloma (Selamat Hari Raya---mintak mak kuih sepotong). Akhirnya lagu penghujung ditukar kepada lagu Seloka Hari Raya (Hail Amir & Uji Rashid). Lagu Noor Kumala yang catchy dan upbeat tidak dapat didendangkan kerana kesuntukan masa.
Apa-apa pun kami seronok betul dgn program ini! Dapat pula bertemu dan jamming bersama-sama Jamie Wilson,gitaris tersohor yang juga suami kepada Ruhil di lagu terakhir.Selesai acara,program yang ditunggu-tunggu iaitu makan!ha!ha!
Setelah itu,kami sempat berbual-bual bersama Jamie (apa da pemanggil di talian cakap artis jemputan namanya Jamal!ha!ha!) tentang kumpulan beliau bersama pemain sitar terkemuka negara,Samuel J Das iaitu kumpulan PRANA (yg ditukar namanya kepada VARNA)--sebuah kumpulan fusion yang amat hebat di dalam rakaman dan 'live'!Juga tentang pengalamannya mengiringi artis di Malaysia dan luar negara. Kami banyak berbual di dalam bahasa Melayu!Sedikit sahaja bahasa Inggeris.Ya! Jamie yang asalnya warga Australia boleh berbahasa Melayu dengan baik.Bukan macam sesetengah daripada kita yang malu berbahasa Melayu!
Terima kasih kepada penerbit atas undangan dan semua warga kerja TV3 yang memberikan kerjasama kepada kami dengan begitu baik.Tiga minggu dengan tiga penampilan di TV3!
Majulah rakyat untuk Malaysia tercinta!
---pasca acara kami beraya ke rumah Syamsul di Klang Gate.Hajat hati sebenarnya ingin melihat dan melawat kucing parsi beliau!Apakan daya tangan tak sampai! Kucingnya masih di tempat penjagaan di kedai haiwan(hotel katanya --RM15 sehari!).Terpaksalah kami membayangkan kucing itu beraya bersama kami sambil makan kuih raya!ha ha

Thursday, October 11, 2007

MHI di KL Sentral

Gambar-gambar sekitar persembahan kedua Dewangga Sakti di MHI yang bersiaran dari KL Sentral pada hari ini.
Gambar ini diambil oleh Apogee daripada kaca tv.Tiga lagu raya didendangkan.
Nanti kami pada hari raya ketiga di Wanita Hari Ini TV3 jam 12 tengahari.

Wednesday, October 10, 2007

TV3 lagi



Dewangga Sakti dijemput lagi menyerikan program Malaysia Hari Ini (MHI) secara lintas langsung dari stesyen KL Sentral pada hari Khamis 11 Oktober 2007.Kami akan menyampaikan lagu-lagu raya malar segar.
Sementara itu,jemputan juga diterima untuk program Wanita Hari Ini (WHI) pada hari raya ketiga (15 Oktober,Isnin) jam 12 tengahari.
Kami juga akan melancarkan tshirt rasmi Dewangga Sakti yang akan dijual kepada umum selepas raya dengan pilihan warna -hitam,putih,merah dan kelabu.Warna oren juga boleh!Nanti sudah siap design akan dikemaskini di sini.
Rakaman insyaallah akan disiapkan selepas Aidil Fitri.Setakat ini semuanya berjalan lancar dan sebarang maklumat lanjut akan disiarkan di sini.Oh ya! Sebuah lagu Dewangga Sakti sudah dimuatkan di dalam dokumentari Selangor terbitan Pesona Pictures (sudah ke udara di TV3 pada 20 September) dan beberapa lagu di dalam dokumentari tersebut hasil gubahan terroris kumpulan ini iaitu Zulkifli.Lagu-lagu digubah dengan bantuan anggota kumpulan dan pemuzik jemputan iaitu John(Fieldplayers) -piano ,Ezad(PGL the musical,M the Opera, Teater Kris)-seruling buluh,Yaser-gitar(merangkap engineer untuk beberapa lagu) dan lagu-lagu dirakamkan di tiga studio berbeza iaitu PurpleSound,Iseekmusic dan One O One Teh O.

Tuesday, October 09, 2007

Sikit punya dekat!



Jam 7:27 malam.Satu sms diterima daripada Syamsul yang mengatakan baru sampai ke rumah dan mahu berbuka puasa dahulu. Memandangkan set kedua persembahan akan bermula dalam masa 10 minit,kami menasihatkan beliau supaya tidak datang.Setelah selesai majlis baru kami tahu sebenarnya beliau berada di dalam kesesakan lalulintas yang teruk daripada PJ ke Klang Gate.Terpaksalah beliau menahan perasaan tidak dapat menyertai anggota yang lain.

Inilah persembahan yang paling dekat.Sekurang-kurangya untuk tiga atau empat orang anggota yang tinggal di Gombak.Tempat persembahan di Danau Kota. Zul,Norman dan Azman hanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk sampai.Macam pergi minum teh di Al Makan atau D Kayu.Oh!Alangkah seronoknya!Buat lah lagi di sini!

Ini majlis berbuka sebuah syarikat di sini.Kami memainkan lagu-lagu ketika menunggu berbuka dan selepas solat,beberapa lagu lagi mengikut permintaan daripada pihak majlis.Tempatnya pun kecil sahaja tetapi kiri kanannya dipenuhi cermin kerana asalnya tempat ini sebuah studio tari.Di bawahnya sebuah restoran makan Thai.Nasib baik Syamsul tidak hadir.Jika tidak,pasti dia gembira melihat sekeliling yang dipenuhi cermin.

Oh!Alangkah terkejutnya kami ketika lagu joget kelab sukan Johor dimainkan,beberapa orang hadirin ke depan pentas untuk berjoget.Lagu yang pendek menjadi panjang dan keseronokan dapat dilihat di muka anggota.(sebenarnya tengah tunggu nak makan lagi tu!he he!)

Kali ini Raof tidak dapat datang dan pemain gantian iaitu Wahyun yang merupakan ahli bersekutu (associate member) telah dipanggil daripada sebuah universiti terulung UIA untuk bermain perkusi.Selamba saja mamat ni!Bukan praktis pun!ha ha

Oh!Malam tadi bertekak dengan mamak D Kayu.Tidak minum ais kena bayar juga.Rupa-rupanya yang dimaksudkan adalah tax (cukai). Macam mana boleh salah sebut ais? Ais dengan tax sama kah?

Tuesday, October 02, 2007

Dewangga Sakti di Malaysia Hari Ini TV3



Penampilan di program Malaysia Hari Ini(MHI) di stesyen TV3 pada 2 Oktober berjalan lancar. Kami sempat bermain tiga lagu walaupun durasi lagunya telah dipendekkan supaya sesuai untuk siaran dan memberi ruang kepada iklan. Tiga lagu tersebut yang masih berada di dalam proses rakaman adalah Belayar ke Pulau Jauh, Selembar Kaseh dan Mabok Kepayang.
Terima kasih kepada warga kerja MHI yang memberi peluang kepada kami membuat persembahan.
Oh ya! Semua anggota tidak membuat apa-apa 'touch up ' kepada muka mereka kecuali En Syamsul.

Monday, September 24, 2007

Apek yang hebat di Amcorp


Oh! Hari yang indah di Amcorp Mall! Meskipun sistem bunyinya ala kadar tetapi keseronokan dapat dirasakan bila persembahan dihargai dan diiringi oleh seorang lelaki(apek) peniaga buah yang memberikan sepenuh sokongan kepada kami. Tanpa menghiraukan orang ramai yang berpusu-pusu masuk ke pusat membeli belah itu,beliau akan menari dan menyanyi di depan pentas.
Kami sudah merasakan sesuatu bila menjelang set kedua persembahan kami pada jam lima petang,beliau menghampiri kami dan meminta kami memainkan semula lagu nyanyian Theresa Teng- Tian Mi Mi (di sini dikenali sebagai Dayung Sampan).Beliau menghampiri kami dan berkata,"Ini lagu kalau main bukan Malaysia sahaja,tetapi satu dunia suka.Nanti nyanyi lagu ini!".Kami tahu beliau merujuk kepada lagu Tian Mi Mi kerana di set pertama beliaulah orang yang paling kuat memberikan tepukan.
Nah! Bila Mohsen melihat gelagat apek ini,microphone dihulurkan ketika kami memainkan lagu Tian Mi Mi.Apa lagi? Beliau menyanyi dengan sepenuh perasaan senikata berbahasa Mandarin sambil melaungkan Malaysia dan Malaysia boleh!Kemudian bendera Malaysia dihulurkan kepada Mohsen.
Keadaan menjadi tidak terkawal dan menceriakan pengunjung lain yang menyaksikan persembahan kami.Kami tidak dapat menahan daripada ketawa melihat gelagat beliau yang mencuit hati.
Selain lagu malar segar tradisional,kami juga memperkenalkan tiga buah lagu ciptaan kami sendiri. Ketika Mabok Kepayang dipersembahkan,kelihatan pelakon teater terkenal Jit Murad di tepi pentas.
Sebelum persembahan di set kedua kami sempat menjengah flea market di tingkat bawah kompleks tersebut.Selesai persembahan kami juga pergi menjenguk Kedai Buku BookXcess. Kebanyakan buku(baru-bukan secondhand) dijual dengan harga yang murah(di bawah harga pasaran) dan kami sempat membeli beberapa buah buku untuk persediaan berperang nanti.
Amcorp! Ah! Tunggu kami semula pada 4 dan 7 Oktober nanti.
Nota lain untuk rocky: ini cerita tentang 'perempuan lama' yang dituturkan penjaga kucing Klang Gate. Ketika latihan beliau ingin menerangkan tentang stail nyanyian artis wanita di tahun 50an."Nyanyi macam stail perempuan lama yang aku dengar dkt Klasik Nasional!"
-Terima kasih kpd Zaidi dan temannya,Iznan atas sokongan.Tiga ekor panda akan dihantar ke rumah anda sebagai tanda terima kasih kami.
-Oh ya! Persembahan di Maju Junction pada 19hb Sept berjalan dengan lancar.Cuma Syamsul tidak hadir kerana kucingnya terpaksa dihantar ke pakar haiwan