Wednesday, August 27, 2008

Joget Fukuoka



Hari terakhir persembahan ,kami membuat kolaborasi bersama Brunai. Hari sebelumnya,pegawai ASEAN-Japan Centre ,Joeke sudah bertanyakan perkara tersebut. Dua tahun yang lepas kami juga membuat kolaborasi dengan Brunai. Selepas kolaborasi itu, seorang anggota menjalin hubungan dengan seorang delegasi Brunai apabila pulang ke negara masing-masing. Oh! Itu cerita lain. :)
Kami mempunyai dua jadual yang sama bersama Brunai. Ini memudahkan kami menyusun persembahan. Malam sebelumnya,kami membuat latihan untuk mencari 'kunci' yang sesuai dan lagu yang bakal dimainkan. Lagu Zapin Budi dipilih. Satu lagi lagu iaitu Joget Pahang telah ditukar menjadi Joget Fukuoka dengan beberapa senikata diubah. Kami ingin memaksa Abdul Raof menyanyi tetapi akhirnya tidak jadi. Nyanyian latar sahaja.
Di set pertama di pentas bawah, dua lagu ini dimainkan dan penari Brunai menjemput penonton untuk menari bersama. Satu kejadian tidak diingini berlaku bila seorang penonton terjatuh di depan pentas. Abdul Raof ingin ketawa tetapi berjaya menahan dirinya memandangkan ramai gadis sedang memerhatikannya.
Di pentas tingkat atas,kami hanya memainkan Zapin Budi sahaja kerana sudah kepenatan.

4 comments:

wahyun said...

ade rekod x babak ngeri bila mana ada aksi jatuh menjatuh dari pentas tu?

Syamsulfaiz said...

Tak baik gelak orang jatuh wo...tapi kalau aku gerenti tak bleh tahan punya..haha

Mana gambar jalan2 cari makan atau CD atau gitar atau gadis?

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

aku rasa korang kena handle si raof tu baik-baik..ada can dia taknak balik tu...hehehehe....

tamlikha said...

woit along, ko kan suka gelakkan orang kalau jatuh atas pentas, masa czar jatuh time gig dulu tu bukan ko ke yg gelak guling-guling heheheh